Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 22 April 2014

Aku bukan Mistress..........................vs........................... Aku Isterinya


Aku Isterinya~~~
Kalau salah pandang or dengar ade orang ingat Sebenarnya Aku Isteri Dia, dah la hero nya sama je......
Bila tengok jer promo kat TV3, laju2 aku gi geledah rak Popular tuk beli novel tuh.... Sungguh tak sabar aku nak tunggu ending dia hohoho~~~~ Cerita lom mula aku dah nak tahu ending dia camna tuh?? (~_~)

Geledah punyer geledah rak Popular tu, fuh naseb baik dieorang tambah stok baru tuk novel cite tu berlambak lambak .... Pihak Popular pun bijak, cerita bakal jadi Hot, confrim orang macam aku akan beli novel tu....... Rugi dieorang tak tambah stok banyak2 huhuhu~~~

Dah dapat beli
bawak balik rumah
bacalah
baca bagi habis terus puas hati (^_^)v)
 
Sinopsis kulit novel Aku bukan Mistress~~~

 Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil  yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.


Sinopsis Drama Aku Isterinya

Drama Aku Isterinya mengisahkan Mya Arlissa dirogol bapa saudaranya dan dijual kepada seorang lelaki yang menjalankan kegiatan pelacuran. Wanita itu diselamatkan seorang lelaki bernama Mikail yang menebus Mya daripada tauke sebuah kelab malam di Kuala Lumpur.

Mereka hidup bersama selama dua tahun dan suatu hari Adam mengambil kesempatan ketika Mikail mabuk untuk merogol Mya. Sejak kejadian itu, Mya mula mencari arah hidupnya kerana menyedari dia tidak layak meletak sebarang harapan terhadap Mikail yang menganggapnya sebagai pelacur.

Pada masa sama, Mikail masih dihantui perbuatan kekasihnya, Lisa berkahwin dengan bapanya sehingga menyebabkan keluarga dia berpecah belah. Sementara itu, bekas kekasih Mikail, Suzanne kembali mengganggu hidupnya dan sentiasa menghasut ibu lelaki itu supaya benci Mya.


Hero & Heroin Aku IsterinyaIzzue Islam dan Anzalna
Untuk menampakkan Mikail tua, Izzue Islam kena ada misai (~_~)
Eeeeaawww tak sesuai langsung dia ada misai, ahhh lantaklah dia ada misai ke takde misai ker
Sebab aku bukan Isterinya hahahahaha~~~

Aku dah abis dah baca novel tu, satu hari je dah abis..... Sebab aku confius kenapa cite tu macam tergantung, permulaan cite Mika & Mya dah hidup bersama tak tahu hujung pangkal cite dia macam mana...... Bila dah baca novel barulah tahu, yang memang dalam novel tu dia cerita macam tuh, nak wat macam mana kan kena la tengok cite sebab akan ada flashback2 hurm....

Dalam drama dieorang ada ubah2 sikit, kalau ikut dalam novel 100% memang kena kecam drama tuh, mau jadi drama terburuk 2014 (~_~) Aksi ranjang yang melampau pun takde tunjuk dalam drama, kena cut.... Haruslah kena cut, tak patut ada dalam drama yang bebudak bawah umur akan tengok... Tak elok (~_~) Kalau nak tahu apa perbezaan dan perubahan dalam drama dari novel kena la baca sendiri  novel Aku bukan Mistress, cepat dapatkan segera di kedai buku berhampiran (iklan ini tidak dibayar hahaha)


Aku Isterinya mengisahkan Mya Arlissa dirogol bapa saudaranya dan dijual kepada seorang lelaki yang menjalankan kegiatan pelacuran. Wanita itu diselamatkan seorang lelaki bernama Mikail yang menebus Mya daripada tauke sebuah kelab malam di Kuala Lumpur.

Mereka hidup bersama selama dua tahun dan suatu hari Adam mengambil kesempatan ketika Mikail mabuk untuk merogol Mya. Sejak kejadian itu, Mya mula mencari arah hidupnya kerana menyedari dia tidak layak meletak sebarang harapan terhadap Mikail yang menganggapnya sebagai pelacur.

Pada masa sama, Mikail masih dihantui perbuatan kekasihnya, Lisa berkahwin dengan bapanya sehingga menyebabkan keluarga dia berpecah belah. Sementara itu, bekas kekasih Mikail, Suzanne kembali mengganggu hidupnya dan sentiasa menghasut ibu lelaki itu supaya benci Mya.
Model novel Aku bukan Mistress (^_^)v)
Ok, abaikan!!!!

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com