Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 24 January 2013

Setia Hujung Nyawa

Satu lagi drama adaptasi novel yang hangat diperkatakan sekarang ni iaitu Setia Hujung Nyawa yang ditayangkan di tv 3 jam 7 malam setiap hari Isnin dan Khamis....Aku tak terlepas untuk merasa hangat bahang cerita ni selepas je Drama Adam & Hawa berakhir.... Pernah jugak aku ter'miss' tonton cerita ni disebabkan hal-hal yang tertentu samaada sengaja atau tak.... so, aku pun download je keesokkan paginyer.... Sekarang ni cerita tu baru episod 20 dan akan dijangkakan berakhir pada episod 28... Maknanya tak lama lagi je cerita ni nak habis, ade la nasib baik sikit je episod dia... Lau banyak bercinta jugak nak follow hari-hari....

Cerita ni punyer la dah jadi fenomena sekarang ni macam cerita-cerita adaptasi yang sebelum ni tu... Sampaikan makcik-makcik kat kampung aku pun asyik bercerita pasal drama ni bile tiap kali wat 'persidangan'... Dah tak de dah bukak cerita pasal anak dara orang tu macam tu, macam ni... Fuhh, ada bagusnyer jugak takde la panjang lebar duk anyam ketupat jer... huhuhuhuhu~~

Ada beberapa faktor yang menunjukkan korang dah KETAGIH dengan Drama Setia Hujung Nyawa... Antaranya~~

Pada setiap hari Isnin hingga Khamis korang cepat-cepat settlekan kerja di Office semata-mata nak balik tepat pukul 5... Sedangkan sebelum cerita ni wujud, pukul 10 pun korang masih di office stay back....Nak pastikan yang pukul 7 korang dah terpacak depan tv tunggu cerita ni ditayangkan....

Balik je kerja pukul 5, korang cepat2 siapkan diri.... Mandi, solat, masak, makan, kemas umah, bagi yang berumah tangga settlekan anak2 dan suami sepantas yang mungkin.... Sebabnya pukul 7 korang dah nak mengadap tv tanpa sebarang gangguan.....

Bile tengok preview episod akan datang perasaan tak sabar nak tengok tu membuak-buak.. Siap tengok promo kat You Tube berulang-ulang kali semata-mata nak faham jalan cerita episod tu....

Bile dapat tahu drama ni adapatasi novel terus pergi ke MPH @ Popular @ kedai2 buku berdekatan untuk cari novel tersebut.... Disebabkan korang tak sabar nak tunggu episod seterusnya dan perasaan membuak-buak nak tahu ending cerita tu... Samaada El baik balik dengan suami dia or tak... Sad ending or happy ending....

Bagi yang dah ada novel tu, dah baca mesti nak baca lagi sekali sebab mungkin dah lupa jalan cerita dia... Bile dah khatam novel tu, tetap tengok cerita dia kat TV sebab nak buat perbandingan jalan cerita kat TV dengan yang dalam novel... Nanti senang nak bagi komen, "Eh, dalam novel takde pun macam ni macam tu", "Dalam novel, Hady tu tak jahat pun dia baik je dalam cerita terlebey-lebey lak", "Napa boyafren El datang balik, dalam novel takde pun"

Walaupun dah tengok secara live kat TV tetap download full episod kat laman-laman download nak tengok episod yang sweet-sweet tu berulang-ulang kali... Selagi tak puas selagi tu la duk tengok je, agaknyer sampai keluar muntah hijau baru la berhenti kot...huhuhuhu~~ Sampaikan line internet pun dah slow sebab kerja duk mendownload je..... Tak cukup pakai line broadband pakai line kat office pun jadi.... hihihihihihi ~~~

Berlambak la status-status kat FB oleh pengulas2 drama.... Antaranya "EEE.....Cweetnyer Zain dan El ni", "Romantiknyer Zainnnnn.....", "Eeee, El kena lumur kek...kesiannya", "Egonyer, jahatnyer Zain ni" dan bermacam lagi....

Dah mula tukar ringtone phone kepada OST drama Setia Hujung Nyawa, siap download yang ringtone versionnyer... Tak lagu AdaMu, lagu Maafkan aku, ataupun Mata hati.... Setiap kali keluar lagu baru dalam drama tu setiap kali tu duk cari dan download....

Ibu-ibu dan Bapak-bapak mula memasang cita-cita pun menamakan bakal anak mereka dengan nama Ersalina Imani or Zain Hakimi..... ada jugak nama Erniza or Hady.... Nama watak novel kan banyak yang best-best.....

Mula beremosi bila dengar orang duk bercerita pasal watak yang korang minat dalam cerita tu.... Contohnyer la kengkawan cakap minat giler kat Amar Asyraf tu, korang bergaduh-gaduh cakap yang korang minat dulu sejak dari dulu lagi.... Peeehhhh, Eh common la setakat dengan watak tu korang nak bergaduh, APE HAL?? Eh, aku lak terlebey emosi....

Dalam fikiran mula membayangkan yang perkahwinan yang diaturkan oleh family lebih indah.... Lepas ni, konon-kononnyer nak mak bapak yang carikan calon suami/isteri....Mula memasang cita-cita mahu bercinta selepas kahwin.... Hurrrmmm no komen~~~ Lau mak bapak cari yang tak sedap mata memandang, nak ke korang terima ikhlas??? Itu jawapan ada pada korang je...hihihihihi ~~~

Ha, yang ni tahap paling kronik apabile korang tidur pun sampai termimpi-mimpi yang Zain Hakimi dah berbaik balik dengan Ersalina... Terlalu excited nak tunggu episod seterusnya sampai terbawak-bawak dalam mimpi.... Kronik dah tu, kena bawak pergi berubat.... hahahahahaha~~~

Dalam banyak2 faktor tu aku tak terkecuali mengalaminyer...Tapi ada 1, 2 je la contohnyer terlebey emosi semasa menonton cerita ni... Siap lepas je babak yang ditayangkan, bile tak puas hati je aku terus whatsapp kawan-kawan.... Ada tu siap gigit2 bantal sebab terlalu geram dengan perlakuan Zain terhadap El... Nasib baik boleh kawal emosi lau tak tv tu aku hempuk ke lantai... Siap mogok seminggu taknak tengok episod maki hamun Zain tu, tak sanggup nak tengok.... Tunggu dah baik balik baru sambung tengok balik.... *tapi mogok tak tengok yang livenyer je, downloadnyer aku tengok gak....huhuhuhuhu~~~** Penangan betul cerita ni.... Hope ending die best la macam dalam novel.... I hope I hope I hope ~~



Hero dan heroin drama Setia Hujung Nyawa.... Aaaaaaa, comelnyer..... cutenyer,sweetnyer,gilernyer......... wekkkkkk :P

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com