Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 18 January 2013

Adam & Hawa

Tamat sudah drama bersiri Adam & Hawa yang ditayangkan di Astro Mustika HD sebanyak 80 episod.... Aku tak berkesempatan nak ikuti secara live di kaca tv tiap-tiap hari disebabkan hal-hal yang tertentu so, aku pun tunggu yang downloadnyer je la... Nasib baik ada tempat download, dapat la aku ikuti dari episod pertama hingga la ke episod yang ke 80....

Aku follow cite ni pun bukanlah disebabkan tergila-gila kan Aaron Aziz *macam kawan2 aku tuh....huh* yang dikatakan hero idaman malaya tu.... Or bagi aku la dia hero novel.... hihihihihi ~~ Aku follow cite ni pun disebabkan aku ni pembaca setia novel Adam & Hawa dan juga disebabkan watak Adam Mukhriz dalam novel tu.... Lep Lep~~ Bile dah tengok cite tu hari demi hari ternyata Aaron Aziz berjaya bawak watak Adam Mukhriz tu... Keep it up...Bravo Bravo~~

Mesti tertanyer-tanyer kan kenapa aku panggil dia hero novel?? Sebabnyer kebanyakkan drama/movie adaptasi novel heronyer adalah Aaron Aziz, aku tak cakap la semua tapi kebanyakkan.... Yela, bile ditengokkan balik watak hero dalam novel tu merujuk kepada rupa bentuk fizikal Aaron Aziz... Tinggi, putih, badan tegap, senyuman mains...dan semuanyer la.... Kan?? Sebab tu la aku gelar die Hero Novel... Lagipun bukan 1 ni je cerita adaptasi yang die jadi hero, ada banyak lagi antaranya Nora Elena, Stanza Cinta, Ombak Rindu... Aku pun tak pasti samaada penulis-penulis novel terbayangkan sapa semasa menggambarkan hero yang dieorang cipta, samaada masa dieorang menulis tu ada terbayangkan Aaron ke tak.... Hanya dieorang je la yang tahu..... Allahualam ~~

Terkejut macam mana boleh jadi 80 episod, macam cerita indon or mexico lak gayanya.... Mula bile duk dengar dieorang cakap-cakap yang drama ni ada 80 episod semuanya, aku ingatkan khabar angin je... Yela, mana pernah lagi cerita melayu sampai 80 episod... Giler??? Jenuh nak tunggu, follow.... Tapi bile aku start tengok je cite ni aku dah mula percaya yang memang betul akan sampai ke 80 episod...

Nak tahu kenapa aku yakin sangat??

Sebab cerita ni ditayangkan selama 30minit je... Dalam 30 minit tu berapa babak sangat yang boleh ditayangkan ditambah dengan iklan lagi, rasenye tak sampai separuh babak dalam novel....

Penambahan cerita daripada watak selain watak utama... Banyak sangat konflik yang berlaku selain konflik Adam & Hawa... Ada konflik mak Johan dan Ain, antara Johan dan Azie, antara Johan dan adik Ain, Dee dan Am, Dee dengan suami dia.... Banyak lagi la penambahan yang takde pun dalam novel...

Watak Dee menggoda Am terlalu dipanjangkan.... Eeee wekkk aku sebagai penonton pun rase nak muntah, macam takde lelaki lain.... Tahniah Anzalna, watak penggoda tu sangat menjadi....

Terlalu banyak flashback.... Bile sedih sikit flashback, nangis je flashback, sikit-sikit flashback, gembire pun nak flashback.... Flashback pun dah makan masa belas-belas minit.... Kengkadang flashback tu takde kena mengena dengan keadaan semasa.... Mana tak sampai 80 episod...

Itu je la yang dalam perhatian aku setakat ni... Tapi, cakap banyak pun dah tak guna cerita ni dah selesai pun 80 episod... Dan bile sampai ending cerita die, Errrkkkk ~~~ So to say la, macam tak tercapai dek fikiran aku.... Tak sangka ending die macam tu, memang la ending die dalam kategori happy ending tapi tak sangka la macam tu..... Aku ikuti dari episod 1 hingga la ke episod 80, tak pernah miss walaupun kengkadang tengok yang downloadnyer tapi aku tak pernah skip babak dalam cerita tu... Sebagai penonton aku leh katakan aku Kecewa dengan ending die... Sekian o_O ~~~~

Watching ending Adam & Hawa....

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com