Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 31 January 2013

Sehangat Asmara ^_^

Lagi, lagi dan lagi drama adaptasi novel..... Makin banyak pulak sekarang ni, hanya kerana 1 drama novel meletop sekarang ni dah macam cendawan tumbuh selepas hujan... Drama adaptasi bukan saja menguntungkan pembikin drama malah penulis novel juga... Yela, bila tahu je drama bersiri akan datang ni daripada novel for sure ramai yang akan cari novel tersebut untuk baca dan tahu endingnyer terlebih dahulu... Dah tentu-tentu kedai-kedai buku akan menjual novel tersebut sebab permintaannyer yang tinggi... Tempat-tempat pencetakan pun akan mencetak novel tersebut dengan banyak sekali.... huhuhuhuhu~~ Kaya~~Kaya~~

Kali ni drama adaptasi novel Sehangat Asmara gandingan hebat Adi Putra dan Rita Rudaini... Drama ni ditayangkan di Mustika HD menggantikan drama adaptasi Adam&Hawa... Fenomena lagi akan berlaku hahahahaha...... Lakonan hebat Adi Putra tak dapat disangkal lagi... Watak baik, jahat, gangsters, romantik semuanya menjadi.... Hahahahaha, satu lagi Hero Novel bagi aku... Semua pelakon lelaki dah nak jadi hero novel... Bagi sape-sape yang dah baca novel Sehangat Asmara mesti setuju dengan pendapat aku ni.... Watak hero dalam novel tu memang sesuai untuk Adi Putra... Bentuk fizikal Zainal Arief memang merujuk kepada Adi Putra... Dikatakan Zainal Arief mempunyai rambut panjang beralun, lengan sasa, senyuman menawan, berlesung pipit....*erkkk Adi Putra ada lesung pipit ke?? Ada kot skit...hihihihihi~~~ Kan hampir sama dengan Adi Putra tu?? Yer tak?? Hebat betul cara pemilihan watak tu, memang sesuai sangat la..... Eh, mesti la dieorang ada wat research dulu sebelum wat pemilihan kan... Ape la aku ni..... huhuhuhuhuhuhu ~~~

Hero dan Heroin Sehangat Asmara....Sweet kan???
Jom baca sinopsis cerita ni......(yang ni versi Novel)

Mengisahkan Kamilia Najwa atau Kay yang melanjutkan pelajaran di luar negara, bertemu dengan Zainal Arief, satu pertemuan yang membuahkan “ Cinta pandang pertama".   Demi cinta mereka bersatu , namun perkahwinan mereka tak direstui oleh keluarga. kerana ibu dan ayah Kamilia tidak menyenangi Zainal Arief yang tidak sedarjat dengan mereka.
Detik-detik kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti. Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji bahawa dia akan kembali lagi.  Namun janji tinggal janji, Zainal menghilang tanpa khabar berita membuatkan hidup Kamilia terumbang-ambing di negara orang keseorangan. Di tambah dengan keadaannya yang hamil tanpa pengetahuan Zainal Arief, Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.  
Kay dibawa pulang ke Malaysia oleh keluarganya dan mereka memaksa Kay melupakan Zainal. Dalam keadaan fikiran yang tidak menentu, Kamilia melahirkan Misya. Mujur Azman setia di sampingnya. Azman banyak membantu memulihkan semangatnya yang hilang setelah ditinggal Zainal Arief.

Selama 9 tahun lamanya, tiada khabar berita dari Zainal. 
Tanpa diduga, Zainal muncul kembali setelah dia ternampak wajah Kay dan anak perempuan mereka dalam sebuah majalah . Kemunculan Zainal Arief meragut ketenangan hidupnya semula. Kamilia tahu Zainal Arief pasti mahukan kepastian tentang Misya yang disembunyikan selama ini 'disembunyikan' oleh Kamilia dari pengetahuan lelaki itu.

Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Kerana dendam Kay tidak membenarkan Zainal menghampiri Misya. Dalam rela dengan tidak, Kamilia menemukan juga Misya dengan ayahnya, Zainal Arief, setelah tahu hasrat Zainal yang ingin membawa kes tuntutan ke mahkamah .

Kerana dendam dan rasa tidak puas hati, Kamilia terus terusan bertanya sebab dan alasan Zainal Arief meninggalkannya dulu, namun tiada sebarang penjelasan yang diberikan Zainal Arief. Kemesraan yang ditunjukkan Misya dengan Zainal Arief sungguh meruntun hatinya. Anak kecil itu langsung tidak mendendami ayahnya yang meninggalkan sekian lama sedangkan Kamilia masih menyimpan rasa itu.

Anehnya, walaupun dia masih lagi berdendam dengan Zainal, namun 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya. Hubungan mereka kembali rapat dan Zainal masih menyimpan perasaan cinta terhadap Kay, sehinggakan Zainal Arief melamarnya buat kali kedua kerana mahukan keluarga yang bahagia , hidup bersama Kay dan anak mereka.. 

Buntu dan binggung fikirannya, lebih-lebih lagi  pada ketika itu keluarga Kay mahu Kay berkahwin dengan Azman.. Rasa kasihan pada Azman yang setia menunggu hatinya terbuka untuknya. Namun,Azman begitu memahami Kamilia. Dia sanggup berundur diri demi kebahagian Kamilia. Dia yakin cinta Kamilia hanya untuk Zainal Arief.

Demi anak mereka Kay sanggup hidup semula dengan Zainal walau masih ada syak wasangka terhadap Zainal Arief yang kini suaminya kembali.    

Kay masih tertanya-tanya mengapa lelaki itu meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa khabar berita. Setiap kali pertanyaan tentang kisah silam diungkitkan, Zainal Arief hanya meminta kemaafan darinya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya dulu. 

Rahsia terbongkar apabila Kay bergaduh dengan adik Zainal kerana Kay masih menuduh Zainal sebagai lelaki tak bertanggungjawab kerana meninggalkan dia selama ini.

Rupanya Zainal meninggalkan Kay dan pulang ke Malaysia kerana dia telah diugut oleh bapa Kay yang kaya dan berpengaruh. Sanggup ayahnya menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk mengugut keluarga Zainal Arief. Zainal Arief terpaksa menurut segala kemahuan ayah Kamilia jika mahukan adik-adiknya meneruskan pelajaran mereka.


Akhirnya ayahnya mengaku yang dia menjadi punca Kay dan Zainal berpisah, dan dia jugalah yang merancang pendedahan tentang Misya di majalah dengan harapan Zainal Arief akan terbaca mengenainya dan mencari Misya. Kamilia begitu kecewa dengan perbuatan ayahnya. 

Zainal Arief begitu marahkan Kamilia kerana memarahi ayahnya. Pada Zainal Arief biarlah semua yang berlaku dulu sebagai pengajaran untuk mereka dalam menilai kehidupan. Walau macam mana buruk pun perbuatan ayah Kamilia itu sebagai anak Kamilia tidak berhak memarahi ayah kandungnya sendiri. Kamalia yang terasa hati dengan kata-kata Zainal Arief terus melarikan diri ke kampung mertuanya.

Tanpa disedarinya, dirinya hamil lagi. Perubahan itu disedari oleh ibu mertuanya. Di beritahu Zainal Arief akan perkembangan itu dan Zainal Arief muncul untuk memujuk Kamilia. Diterangkan dengan jelas kejadian 9 tahun lalu dengan harapan tiada lagi permasalahan yang timbul selepas ini. Kamilia yang terharu dengan pengorbanan suaminya itu, berasa sungguh bertuah dapat memiliki lelaki itu. Di buang segala keraguan dalam dirinya. Dia yakin cintanya masih utuh untuk lelaki yang bergelar suami ini. Dia berdoa semoga bahagia yang mulai bersinar ini akan terus bersinar menerangi kehidupan mereka. Tamat ...
Sumber : nurizspace.com & aznanie.blogspot.com

Dari sudut pembacaan aku, boleh dikatakan jalan cerita novel ni best tapi tak tahu la bile diolah dalam bentuk drama jadi best ke tak..... Aku takde kesempatan lagi nak tengok cerita ni, yela tibi kat rumah takde MustikaHD, tibi tak nipis la katakan.... hukhukhukhuk~~~Yang download lak dah ada tapi takde masa la nak menelaah... hihihihihi~~~

Drama ni dijangkakan berakhir pada episod ke-33, sekarang baru episod ke-5.... Fuh nasib baik ada 33 episod je ingatkan macam cerita sebelumnyer ada 80 episod... Takpe2 yang ni boleh follow, tak la banyak sangat episodnyer... Yang 80 episod boleh follow takkan 33 episod tak boleh... Yer tak?? Harap sangat ending cerita ni tidak menghampakan.... I hope I hope I hope ~~~

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com