Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 21 January 2013

Ikhlas rela @ terpaksa Ikhlas??


Tajuk hari ni agak islamik sikit, just nak kongsi apa yang aku dengar semasa mengikut kursus pra-perkahwinan tempoh hari.... Sebenarnya banyak lagi tajuk lain yang didengarkan kepada kami tapi topik ni diantara yang melekat dalam minda dan sanubari aku sehinnga ke hari ni... So, tak salah la kalau aku nak tulis tajuk ni sebagai tajuk utama secara tak langsung aku dapat berkongsi serba sedikit dengan korang.... Ikhlas rela ataupun terpaksa ikhlas?? Yang mana pada korang sebenar-benarnya bagus, baik dan betul dari segi rohaninyer??

Pada hari Ustaz tu berikan ceramah tentang perhubungan suami isteri Ustaz tu ada mengemukakan soalan itu pada kami semua... Masa tu, seluruh dewan tak tahu yang mana betul sebenarnya... Yang mana angkat tangan pun mungkin main hentam keromo je... Yang selebihnyer lebih selesa berdiam diri tanpa angkat tangan untuk mana2 pun... Dalam erti kata confius la tu... huhuhuhu~~~ Aku dalam kategori confius tu, tak tahu mane satu yang sebenar-benarnyer.... Dalam fikiran aku, ade ke ikhlas yang rela solid 100 percent tanpa berbelah bagi dan boleh ke hati kite ni kalau wat sesuatu bende tu tanpa harapkan balasan, ikhlas ke macam tu???

Bile Ustaz terangkan baru la aku faham... Katanya, manusia ni takde dalam hatinya solid 100 percent tanpa berbelah untuk wat/lakukan sesuatu perkara tu... Contohnya, menutup aurat... Kalau bukan disebabkan tuntuan agama dan takutkan dosa, nak ke hati kita 100% tanpa berbelah bagi untuk menutup aurat??? Disebabkan beberapa perkara tu la kita patuh dengan suruhanNya... Itu dikire ikhlas atau tak?? Dan kalau nak tunggu ikhlas dari hati kita 100% agak-agaknya bile tu?? Bile hati kita nak ikhlas 100% tanpa mengharapkan ganjaran atau takutkan balasan kelak..... Maka, Ustaz tu pun terangkan la satu persatu.... Dia bagitahu yang, 'Jika buat sesuatu disebabkan orang lain atau dipaksa oleh orang lain, dikatakan ia TIDAK IKHLAS' dan 'Apabila kita melakukan sesuatu perkara tanpa melibatkan orang lain, hanya bersangkut paut kerana Allah Taala takut kepada-NYA, itu baru lah dinamakan IKHLAS'....

Disini ia menekankan apabila kita membuat sesuatu perkerjaan janganlah dilibatkan/berhubung dengan manusia lain, kerana dikuatiri perlakukan yang kita lakukan adalah TIDAK IKHLAS disisi Allah S.W.T..
Allahualam ~~

Sekarang ni barula aku faham tentang pengertian Ikhlas dan tidak Ikhlas.... Ustaz ada berpesan lagi jika nak ubah perangai pasangan kita, masa tengah berkawan/bertunang la masa terbaik untuk ubahkan dia.... Jika terdapat apa yang tak kena terus cakap jangan biarkan/pejamkan mata tunggu bile dah kahwin baru nak cakap....Sekurang-kurangnye dia akan berubah sebab hatinye sendiri bukan disebabkan ikatan yang dah terikat.... Kalau nak tunggu dah kahwin takde maknenyer dia nak berubah... Sebab 'dia dah dapat kita, watpe dia nak berubah lagi' masa Ustaz cakap macam tu hampir seluruh dewan ketawa sakan... dan kebanyakkannya adalah lelaki... Maknenyer betul la kan??? Memang macam tu gayenyer.... Cis!!

Patut la sekarang ni banyak betul kes penceraian, bile ditanya 'Ingatkan lepas kahwin boleh berubah'....  Takde maknenyer!!!!!

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com