Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 20 June 2012

Pemeriksaan Kesihatan

Baru-baru ni aku gi wat pemeriksaan kesihatan secara percuma kt klinik tempat kawan aku bekerja... Aku gi dgn En. MZ dan MF MIL (My future mother in law).... Masa mula2 kawan aku offer tu, aku ingatkan tk de la ramai sgt orang yang datang.... Tapi bila tibe hari kejadian... Pehhh, rmai giler kot orang, sampai terkluar orang beratur..... Hurrrmmm, rmai gak orang tk sht kt Malaysia ni.... huhuhuhuhuhu ~~~

Aku mulakan dgn wat pemeriksaan berat, tinggi dan BMI ... Ada ke patut dieorang ckp aku ni level orang yang berumur 30 tahun.... Isyk2, tk patut tk patut.... Agak2 la kak oi nk jual product pun....

Check level bone....Nervous2....


Dengan rase sebal hati aku wat pemeriksaan tulang.... Nervous giler wat pemeriksaan tulang ni.... Al-maklum la, dh lame tk minum susu tiap2 pagi... Last masa umur 19 tahun, time blajar rajin gak minum susu..... huhuhuhuhu ~~~ Resultnya, tk yah cakap la memang mengecewakan.... Kurang kalsium katanyer atau lebih spesifik 'osteoporosis'.... Isyk2 teruk aku nih....
Tengah mendengar Dr. Mariam bg penerangan tentang HPV
Dengan membawa hati yang tk percaya, aku masuk ke dalam klinik untuk dengar penerangan Dr. Mariam tentang HPV atau dengan kata yang senang faham 'Kanser Pangkal Rahim'

Byk input2 yang berguna tentang HPV yang perlu kita tahu.... Nak2 orang mcm aku ni, yang belum berkahwin dan bakal mendirikan rumah tangga... Memang wajib perlu tahu la.... hihihihihi~~~

Fakta mengenai HPV a.k.a Kanser Pangkal Rahim.....

Kanser pangkal rahim merupakan kanser yang kedua paling biasa menyerang wanita di dunia selepas  kanser payudar. punca terjadinya kanser pangkal rahim adalah jangkitan virus HPV dan jangkitan virus ini diperolehi melalui hubungan kelamin. Di samping jangkitan virus HPV, faktor-faktor lain turut mempengaruhi terjadinya kanser pangkal rahim yakni sistem imunisasi (pertahanan badan) yang rendah dan juga faktor genetik.

Apakah faktor-faktor risiko terjadinya kanser pangkal rahim? Di antara faktor-faktor yang menjadikan seseorang wanita itu boleh menghidap kanser pangkal rahim adalah: 
  1. Hubungan sek pada usia muda
  2. Jangkitan virus HPV berisiko tinggi
  3. Merokok
  4. Wanita dari golongan susah ataupun miskin.
  5. Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah seperti penyakit AIDs, pesakit yang menjalanipemindahan buah pinggang dan lain-lain.
  6. Wanita yang mempunyai pasangan sek yang ramai.
  7. Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear bolehdikategorikan  sebagai golongan yang berisiko mengidapkanser pangkal rahim sebab kajian telah menunjukkan bahawaujian pap smear boleh mencegah kanser pangkal rahim. 

    TANDA-TANDA KANSER PANGKAL RAHIM
     
    Kebanyakan wanita yang menghidap kanser pangkal rahim mengalami salah satu ataupun kombinasi gejala-gejala berikut:

  1. Perdarahan selepas hubungan seks (“postcoital bleeding“)
  2. Keluar lendir berdarah dari kemaluan.
  3. Perdarahan di pertengahan kitaran haid.
  4. Perdarahan dari kemaluan setelah disahkan putus haid.
  5. Hilang selera makan
  6. Turun berat badan yang mendadak
     
    Tapi ada berita baik, menurut Dr. Mariam kanser ni boleh dicegah... Ni la satu2 nya kanser yang boleh dicegah dengan mengambil suntikan vaksin.... Vaksin adalah salah satu langkah awal pencegahan.... 

    Vaksin ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual berikut :
                Suntikan pertama - bila2 ada masa tuk suntikan
                Suntikan kedua    - 2 bulan selepas suntikan pertama.
                Suntikan ketiga    - 6 bulan dari suntikan pertama.

    Vaksin HPV diberi nama Gadarsil,1 suntikan yang berharga RM250.... Mahal kn?? Tuk
    tubuh badan sendiri ape nk berkire sgt kn... Untung budak2 sekarang dapat free je kt sekolah, sebab kerajaan dh sediakan.... huhuhuhuhu ~~~

    Untuk permulaan aku minum yang dlm kotak dl.... hihihihi~~~

    Ok, tutup pasal HPV kita bukak cita pasal 'osteoporosis '... Disebabkan aku suspect mengidap 'osteoporosis '.... Mula hari dan tika masa ini aku nk minum susu tiap2 pagi... Aku mulakan dengan susu Anlene baik tuk tulang.... Agak2 tk sesuai aku tukar la dengan susu lain nanti.... huhuhuhuhuhu ~~~

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com