Time tu la rmai yang berpuase sunat dan ramai jugak yang tk ketinggalan untuk berpuase ganti.... Cakap pasal puase ganti ni, korang dah selesai bayar 'hutang' yang tertunggak bulan lepas (puase ganti)???
Kalau dah Alhamdulillah.... kalau belum cepat2 la buat yer.... tinggal 2 minggu jer lagi nih... bkn pe tkt tk sempat.... hihihihi.....
Sedap jer ingatkan orang kn.... Bkn ape, mengingatkan org ln same la mcm mengingatkan dr sendiri.....kn??? Nasib baik aku dh wat awal2 tahun lepas tk de la aku terkial2 nk wat last2 minit... bukan ape wat awal2 takut luper... Aku kn pelupe tahap maxima.... huhuhuhu ~~~~
So, bulan ni aku fokus utk puase sunat je... hihihihihihi ~~~ Cakap pasal puase sunat ni, mcam2 soalan yang kiter dgr.... Boleh wat mcm ni ke?? Boleh ke wat mcm tu??
Kt sini aku ade beberape fakta mengenai puase sunat yang pernah aku baca..... Jom baca ~~~
FADHILAT PUASA-PUASA SUNNAT
SEPANJANG TAHUN
1. Puasa
enam hari dalam bulan Syawal
Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa
berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam
bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)
Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada
hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut,
misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam
hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari
dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.
2. Puasa
hari 'Arafah (9 Zulhijjah)
Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat
besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya,
Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat
mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia
menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya."
(Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)
Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu
menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datang."
(Diriwayat oleh Muslim)
3. Puasa
pada bulan Muharram
Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah
s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan
ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat
selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)
Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah
s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya
terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan
Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari."
(Dikeluarkan oleh al-Tabrani)
4. Puasa
pada hari 'Asyura (10 Muharram)
Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah
s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari
ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w.
yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu."
(Riwayat Muslim)
5. Puasa
hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)
Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum
sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w.
bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan,
aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)
PERINGATAN
Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan
hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari
ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10
dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana
menyerupai amalan orang Yahudi.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
"Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai
perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari
sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)
6. Puasa
bulan Sya'aban
Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata: "Wahai Rasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa
satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadhan) seperti tuan
berpuasa pada bulan Sya'aban." Sabda Rasullullah
s.a.w.: "Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang
manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan
Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka
aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat al-Nasai)
Ummu Salamah r.a. pula berkata: "Tidak pernah aku lihat Rasullullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut
melainkan pada bulan Sya'aban dan Ramadhan." (Riwayat al-Turmuzi)
7. Puasa
pada hari Isnin dan Khamis
Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w.
sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.)
segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika
diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat
al-Turmuzi)
Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka
Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang
bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan
menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul
al-Salam)
8. Puasa
hari Rabu, Khamis dan Jumaat
Daripada 'Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada bapanya r.a. ujurnya, aku
bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasullullah s.a.w.
mengenai puasa dahar (sepanjang tahun), maka Baginda
Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak (maksudnya tidak
dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya untuk keluargamu atas dirimu
ada hak. Oleh itu berpuasalah pada bulan Ramadhan dan yang mengikutinya (enam
hari dalam bulan Syawal), dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda
sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun dan anda juga telah
berbuka." (Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi)
Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: Sesiapa
berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, nescaya Allah
s.w.t. membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut
dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka>" (Riwayat
al-Tabrani)
Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada
hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau
banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru
dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa." (Dikeluarkan
oleh al-Tabrani)
9. Puasa
pada hari Putih (13,14 dan 15 bulan Islam)
Diriwayatkan daripada Jarir r.a. daripada Nabi
Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasa tiga hari pada setiap
bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih - pada hari
13,14 dan 15 (bulan Qamariyah)." (Riwayat al-Nasai dengan sanad yang
sohih)
10. Puasa tiga hari pada setiap bulan
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abi Qatadah, bahawasanya Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Puasa
tiga hari pada setiap bulan, Ramadhan ke Ramadhan itulah puasa sepanjang
masa."
Mengenai berpuasa tiga hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat Ulama.
Antaranya dikatakan puasa tiga hari itu ialah puasa pada 13,14 dan 15. Inilah
pendapat kebanyakkan Ulama, antara lain Umar, Ibnu Mas'ud, Abu Zar, al-Syafi'i,
Abu Hanifah, Ahmad dan Ishaq.
Sementara al-Nakha'i berpendapat ialah puasa tiga hari pada akhir bulan.
11. Puasa
selang-seli (sehari puasa sehari tidak)
Hadith daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al-'As r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Telah
sampai berita kepadaku bahawa anda berpuasa pada waktu siang dan berjaga
(kerana beribadah) waktu malam. Jangan buat demikian kerana untuk jasadmu atas
dirimu ada habuan, untuk matamu atas dirimu ada habuan dan untuk isterimu ada
habuan. Puasalah dan berbukalah. Puasa tiga hari pada setiap bulan, maka dengan
demikian anda mendapat pahala sepanjang tahun." Aku berkata: "
Wahai Rasullullah, aku mempunyai kekuatan
(keupayaan untuk berpuasa). Sabda Baginda
Rasullullah s.a.w. "Maka berpuasalah puasa NabiDaud a.s. iaitu
berpuasalah sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan
Muslim)
Daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al'As katanya, telah bersabda Rasullullah sa.w. bermaksud: "Puasa yang
paling disukai oleh Allah s.w.t. ialah puasa
Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah s.w.t.
ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga
malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka
sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
PERINGATAN
1. Dalam mencari pahala puasa sunnat, jangan tersalah
hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu:
- Tanggal
1 syawal (hari raya aidil fitri)
- 10
zulhijjah (hari raya aidil adha)hari-hari tasyriq: 11, 12 dan 13 zulhijjah
- Hari
syak mungkin hari mula berpuasa (30 sya'aban)
- Selepas
15 sya'aban jika bukan puasa qadha atau nazar atau tiada hubungan dengan puasa pada hari sebelumnya, atau bukan hari yang biasa berpuasa
- Puasa
sunnat bagi wanita tanpa izin suami (jika suami bermukim yakni tak musafir) - 'Isteri yang nak puasa sunat kena mintak izin suami tau.....'
- Puasa
orang yang sakit bersangatan
- Puasa
orang yang sangat tua
- Puasa
wanita yang hamil
- Puasa
orang yang musafir
- Puasa
pada hari 'arafah bagi orang yang mengerjakan haji
- Puasa
pada hari Sabtu sahaja (ditunggalkan)
- Puasa
pada hari Jumaat sahaja (ditunggalkan) - 'yang ni la aku cube terangkn kt kwan2 dulu, tp dieorang tk fhm2..Puase sunat Jumaat kena dikembarkan dengan hari Khamis atau Sabtu....'
- Puasa
asalnya sunnat dikerjakan oleh orang yang menanggung puasa qadha - 'yang ni pun same, aku pernah ckp tk digalakkan puase sunat selagi puase ganti lum habis ganti....Nk wat dua2 dalam 1 hari pun tk digalakkan,same la mcm pkai bj dgn makan nasi sekaligus, tntu tk boleh kn.....'
- Puasa
sepanjang tahun (sepanjang masa)
hahahahaha.... tk de kne mengene.... Ok la daaaa ~~~~
Psst : Rindu lak kt kawan2 time belajar dulu..... Bile bulan dekat2 puase ni masing2 berebut- rebut ganti puase, yang tk ganti pun join puase.... Pastu time berbuke, berbuke same2... Ahhhh... rindunyer kt korang, disebabkan terlalu rindu aku ltk pic kite time berbuke same2 dulu....
Mood : Sedey :'(
Mood : Sedey :'(




No comments:
Post a Comment