Kasut kahwin / wedding shoe
Hari ni rase nak update blog pasal kasut kahwin sebab hari tu aku usha satu IG ni juai kasut2 gorgeous litlap litlap tapi nak buat kasut wedding pun boleh jugak itu rasa excited nak hapdate blog pasal kasut kawen ni...... Setelah puas dah bermacam macam kedai kasut yang aku gi cari sendiri dan try semua kasut pengantin sedia ada tapi semuanya tak sesuai.... Tak kena dengan kaki la, tak muat, terlalu besar, terlalu kembang, warna tak sesuai dengan dress, tinggi sangat, bila pakai rasa nak tumbang, sakit nak berjalan, macam2 lah tu hal.... Mak andam aku lak cuma sediakan kasut saiz tertentu je, itu pun terlalu tinggi dengan aku kalau berjalan tu confirm tumbang lah (~_~) hukhukhuk *alasan terbaik tuk beli kasut baru lalalala...
Aku dah rancang nak pakai kasut warna silver tak pun cream ataupun warna warna yang selamat kalau boleh nak pakai banyak kali... Boleh pakai time resepsi rumah aku dan rumah belah lelaki... Yelah kena beli sendiri kot, rugi la kalau pakai sekali jer (~_~)
Design kasut mestilah mahu yang gojes2 tapi murah. hahahahahaha. gila lah kedekut lah aku ni, nak yang murah je, tapi nak yang design meletop! macam mana tu huhu (^^,)
Aku banyak usha kat IG dan blog ,ramai yang custom made kasut pengantin..... Hantar kat designer kasut buat apa yang kita nak sesuai dengan kaki nanti pakai kasut takde la kaki melecet lecet nanti...... Sakit kottt...... Tapi tidak lah bagi aku, aku tak mampu kot, mahai kot benda alah tu......Sekali design je beratus, sepasang kasut dah beratus pakai sekali je (~_~) aku kan kedekut sikit huhuhu........
Ok, Jom tengok pilihan kasut yang ada dalam IG yang dah aku usha ni.....






Pakai pump??? Cantik. Memang cantik tapi kaki aku jenis tak sesuai.... Cepat sakit dan melecet.... Sebab tu aku tak pernah ada fullshoe atau pump macam ni.... Nanti beli mahal mahal, alih alih aku bagi orang atau letak je dalam kotak balik Peram. huhu
**Melting......
Aku paling suka jenis Flats. Kalau kasut berjalan aku pun aku akan pilih kasut jenis macam ni memang aku suka! Lebih selesa! Tapi bila aku cakap dengan mak aku nak beli kasut jenis ni mak aku cakap "Jangan nak perasan la kak, ko bukan tinggi nau" (T_T) So, terkubur la niat aku begitu saja.....

Wedges??? Cantik. tapi tak banyak pilihan.... Kalau takde yang lain memang aku rembat Wedges ni... Selesai pakai. Alah membeli menang memakai hehehe (^^,)

ini kalau pakai pastu duduk atas pelamin, memang cantik gila..... Sebab masa duduk tu kan, macam nampak kasut kan....wow!!!!!!Tapi aku tak suka lah sebab open sangat..... Ada tali kat depan tu je, takut aku tak selesa je (~_~)
Aduh, banyak pulak dah pilihan di hati ni... Pening nak pilih huhuhu


Eeeeee tak sabar nyer nak beli kasut kawen ni
Bukan pe aku tak sabar nak pangkah lagi dalam list aku tu...
tak sabar nak banyakkan resit dalam buku kahwin aku (^_^)v)
At last aku beli kasut kat shopping mall
Senang, dapat tengok dengan mata sendiri, dapat try, puas hati dan beli

Yeahhh kasut dah dapat
tak sabar nk kahwin. * eh tiba tiba....



No comments:
Post a Comment