Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 20 March 2015

Insurgent (^o^)


19/3/1205
Semalam hari cuti
Uuooppss bukan hari cuti public tapi kitaorang yang sesaje amik cuti **plus nak settlekan hal kawen 
Dah alang-alang cuti ni
Jom penuhkan hari cuti dengan tengok wayang

 Aaaaaa dah lama tak tengok wayang berdua
(^^,)


Semalam
Lepas je settlekan hal kawen
kitaorang terus ke Aeon Bandaraya ** memang dah plan lepas settle settlekan hal terus nak keluar tengok wayang

Ni kes plan tertibe
*tak tahu cite pe nak tengok
*tak tahu cite yang tengah hot sekarang
*tak tahu nak tengok wayang jam berapa
**tak tahu tak tahu tak tahu tak tahu (~_~)

 
 Ok, lepas perbincangan semasa beratur nak beli tiket
Kitaorang tengok cite diatas nih 
Yes!!!! antara cite favorite aku
Tapi aku tak tahu pun cite tu kuar wayang tahun ni **nampak sangat dah lama tak ikut perkembangan wayang dan cita coming soon......alasan terbaik BZ hehe

Yeahhh!! Dah tengok!!


Jom review cite INSURGENT

Tris Prior dan Four berada dalam pelarian bersama 2 orang lain, iaitu Caleb Prior dan Peter..Mereka diburu oleh Jeanine, pemimpin Erudite. Saat dalam perlindungan Amity yang cinta damai, pasukan Jeanine datang mencari kaum Divergent yang dianggap berbahaya dan juga memegang kunci pembuka kotak mesej rahsia masa depan dunia. Hanya Divergent 100% yang mampu melakukannya. Untuk itulah Jeanine melakukan penangkapan Divergent untuk membuka kotak mesej rahsia masa depan tersebut, divergent akan terbunuh kerana gagal dalam simulasi...Tris dengan bantuan Four menyelesaikan simulasi terakhir agar dapat membuka kotak mesej masa depan dunia. Hal itu disaksikan oleh Jeanine. Teka-teki terjawab, andaian yang selama ini mengatakan bahawa kaum divergent berbahaya adalah keliru. Mesej masa depan menjelaskan bahawa kaum Divergent justeru merupakan penyelesaian bagi semua kaum yang ada. Jeanine yang mendengar mesej ini memerintahkan agar kotak mesej dimusnahkan dan membunuh Tris serta Four, namun pasukan factionless datang dan menangkap Jeanine..... Akhir cerita semua kaum bersatu membina dunia baru dipimpin Four dan Tris. **happy ending

**cite ni dari novel omputih.... Cita ni kesimbungan dari cite Divergent, kalau tak tengok Divergent susah sikit nak faham cita Insurgent ni, sebab nama2 watak dalam cita ni dan jalan cite dari episod Divergent ada kaitan dimasukkan dalam siri Insurgent....

Bagi aku yang no 2 ni besttttt lagi dari no 1, no 1 just pengenalan dan no 2 perjalanan cite diteruskan... Next ada no 3 dan 4 pulak... Tunggguuuuu~~

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com