Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 29 April 2013

#Iron Man 3#

Next movie.......
Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba~~~ Hah, kali ni Iron Man 3 la pulok..... Again cite omputih in the blog hihihihi~~~ Jangan ade yang bosan dan jemu dengan entri aku sudah la... huhuhuhuhu~~~~ Filem Iron man 3 yang telah ditayangkan di pawagam2 pada 26 April Jumaat lepas dan kini sedang hangat diperkatakan... Yang tak boleh blah, bukak FB je bersepah status tentang Iron man 3... "Terbaekkk la Iron man", "Hari ni gi tengok Iron man with my iron man", "Dah kena booking tengok iron man esok"... Bla,bla,bla~~ Rase dengki dan jeles lak tertibe...huhuhuhu~~ Takpe korang, gi la tengok dulu aku tengok lambat sikit.... Yang dah tengok tu tak yah la post macam2..... Jelous tau!!! Sebab aku tak dapat tengok lagi hukhukhukhukhuk (T_T)......

Pada mulanya, En.MZ nak wat surprise..... katenyer~~~ Nak beli tiket awal untuk tengok hari Ahad, semalam.... Tapi surprise ala-ala tu tak menjadi oleh disebabkan orang terlalu penuh untuk tengok cerita ni sehinggakan takde ruang langsung untuk kiteorang mencelah..... No wonder la status Iron man berlambak-lambak kat FB~~~ Disebabkan perkara tu, aku tak nak pisang berbuah dua kali... Kiteorang beli jugak tiket hari Ahad tu untuk tengok hari ni Isnin, awal kan?? Memang kena awal pun, kalau korang ada pada situasi aku beratur tu pun korang akan buat hal yang sama... Takkan taknak beli pape dah beratur panjang kotttt~~~

Nak dijadikan cerita aku beli jugak la tiket Iron Man 3 walaupun sehari awal, kebetulan pulak hari ni 29/4 besday Geng Wayang's aku, so ajak la die gi tengok same... Maka dapat jugak aku tengok Iron man 3 hari ni selepas berhempas pulas ditengah-tengah lautan manusia untuk beli tiket.... Al kisahnya~~~

Psst : Ok la, nak masuk wayang tengok Iron man 3 dah ni.... Ala, tak dapat nak bagi review cerita ni sebab aku baru je nak tengok sat lagi.... Takpe, korang boleh baca sinopsisnya yang aku dah kopi dan pasta kat bawah k...huhuhuhu (^_^)v) Ups, dikesempatan ini, aku nak ucapkan 'Happy Birthday' kat salah seorang Geng Wayang's aku.... Semoga ceria-ceria dan baik-baik saja... huhuhuhu~~~

En. MZ & Besday boy.... Orang duk makan,dieorang sibukkk main game~~~




#Sinopsis Iron Man 3#

Kronologi filem ini bermula sekitar 13 tahun lalu dimana Tony Stark merupakan seorang yang sangat  sombong dan langsung tidak memikirkan tentang perasaan orang lain sehingga tanpa disedari, dia telah mencipta musuhnya sendiri.

Insiden tersebut bermula di mana pada ketika itu Tony berada disamping seorang wanita bernama Maya dan pada masa yang sama, datang seorang lelaki yang dikenali sebagai Aldrich. Aldrich telah menghampiri Tony Stark dan menyatakan hasratnya untuk bekerjasama dalam sebuah projek dibawah organisasi AIM (Advanced Idea Mechanics).

AIM merupakan sebuah organisasi jahat di bawah Marvel Universe, di mana ia lebih fokus kepada pembangunan teknologi. AIM turut dikenali sebagai sebuah organisasi yang melatih krew mereka dari segi mekanik dan sains serta menggunakan individu yang bijak untuk melaksanakan tujuan jahat mereka.

Konflik mula tercetus apabila Tony memungkiri janjinya dan enggan bekerjasama dengan Aldrich. Bermula daripada malam tersebut, Aldrich menyimpan dendam dan berhasrat untuk menentang Tony Stark suatu hari nanti. Perasaan yang sama turut hadir dalam diri Maya kerana Tony Stark telah meninggalkan dirinya begitu sahaja selepas mengadakan hubungan intim.

Bermula daripada insiden tersebut, kedua-dua mereka telah bekerjasama untuk menentang dan merosakkan kehidupan Tony Stark. Maya yang juga merupakan seorang saintis telah mencipta sejenis sel DNA yang berhubung dengan tubuh badan manusia dan sel tersebut difahamkan mampu menghasilkan haba yang sangat panas dan membaik pulih sel badan yang rosak.

Selepas hampir 13 tahun, Aldrich telah kembali. Namun, kali ini dia kembali dengan niat jahatnya untuk memusnahkan Tony Stark. Walaupun sikap Aldrich ini dilihat kebudak-budakkan, namun ia telah mendorong dirinya yang pada satu ketika dahulu hanyalah seorang lelaki biasa menjadi seorang yang lebih berkuasa.

Tony Stark telah mencipta sebuah sut baru yang dikenali sebagai Iron Patriot. Sut ini dikawal oleh rakan baiknya Colonel James Rhodes. Sut ini direka bagi mengawal keselamatan Presiden Amerika. Akan tetapi, ianya telah berjaya dirampas oleh musuh dan mereka menggunakan sut tersebut untuk menculik dan membunuh presiden.

Namun begitu, hasrat Aldrich tidak tercapai kerana misi tersebut telah dirosakkan oleh Tony Stark dan Colonel James. Kedua-dua hero ini telah datang menyerang markas pihak Aldrich dan menyelamatkan presiden yang di dalam bahaya. Pada masa yang sama, Tony Stark turut menyelamatkan kekasihnya, Pepper daripada menjadi mangsa dendam musuhnya itu.

Sewaktu pertempuran berlaku, Tony Stark telah meminta pertolongan daripada kesemua sut yang telah diciptanya. Dengan hanya satu arahan sahaja dan tanpa dikawal oleh sesiapa, kesemua sut tersebut mampu bergerak sendiri dan menewaskan pihak musuh dengan bergaya. Selain Aldrich, Tony Stark mempunyai seorang lagi musuh yang dikenali sebagai Mandarin. 

Pada awalnya, Mandarin dilihat sebagai seorang individu yang memiliki muka ganas dan penuh dengan sifat misteri. Namun, segalanya terbongkar apabila Colonel James dan Tony Stark berjaya menyeludup masuk kedalam kubu pengganas tersebut. Mereka berdua kemudian terkejut dengan pengakuan Mandarin yang memberitahu bahawa dia adalah salah satu muslihat Aldrich dalam mengelirukan kerajaan Amerika.
Kopi & Pasta (^_^)v)

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com