Next movie........
Aku dah bagitahu awal2 dah, memang beberapa bulan ni entri aku akan penuh dengan cite omputih je...... (jangan harap ade review cite melayu la kalau dah cite omputih ada kat pawagam........ hukhukhukhuk) Kali ni aku dan Geng Wayang's gi tengok cerita Oblivion.... Ha yang ni, best ke tak best ke kalau takde yang ngajak aku sendiri yang akan ajak gi tengok.... sebab................................ ada Tom Cruise.... hihihihihi~~~ Bincang punyer bincang Geng Wayang's setuju pegi tengok hari Ahad, memandangkan hari Aad memang dieorang cuti....... Yang bestnyer kali ni ramai pulak yang nak ikut sama, maka bertambah la ahli dalam Geng Wayang's... huhuhuhuhu syok uuuooo~~~ Yahoooo!!! Jom ke Wayang!!!
Kiteorang sampai dalam kul 1 tapi book tiket kul 4.30petang, datang awal tapi beli tiket lewat......(dah biase buat macam tu) Itu pun ade jugak yang lambat sampai, nak tak nak kiteorang masuk dulu.... Yang datang lewat tu pandai2 la korang, nanti aku selit la tiket tu kat celah2 pokok ke pastu korang cari la.... treasure hunt la satu Aeon ni.....sape suruh datang lambat2??? huhuhuhuhu~~~~
![]() |
| Geng Wayang's dah bertambah.....hihihihi~~ Lepas ni nak wat borang pendaftaran la pulak ^_^ |
Serbe sedikit cerita Oblivion~~
Oblivion merupakan sebuah filem sains fiksyen yang mengisahkan tentang situasi yang bakal berlaku pada masa hadapan, di mana pada ketika itu planet Bumi telah musnah akibat bencana alam sehingga membuatkan manusia terpaksa berpindah dan mencari tempat tinggal lain.
Oblivion menceritakan tentang kehidupan Jack Harper lakonan Tom Cruise yang bekerja sebagai juruteknik, di mana setiap hari Jack ditugaskan untuk membetulkan mesin pemusnah yang di panggil sebagai Dron. Setiap hari Jack akan menjalankan tugasan yang sama dan dia sering dibantu oleh rakan sekerja wanita yang dikenali sebagai Victoria.Victoria ni kerjanya akan sentiasa memantau pergerakan Jack menerusi tempat tinggal mereka yang dipanggil sebagai Tet.
Pada suatu hari, sewaktu Jack sedang membuat rondaan dan menjalankan tugasannya seperti biasa, Jack telah menyelamatkan seorang mangsa yang terhempas jatuh ke Bumi iaitu Julia Rusakova. Bermula daripada insiden tersebut, Jack telah mula mengalami kecelaruan identiti dan hubungannya dengan Victoria juga menjadi semakin renggang.
Dalam pada itu, filem ini turut mewujudkan watak pemangsa yang macam Predator dan kumpulan ini hanya keluar mencari musuhnya pada waktu malam sahaja.
Kat sini la,bermula segala konfliknyer tu....
Sewaktu berada di dalam tahanan pihak pemangsa, segala persoalan dan rahsia mengenai kecelaruan dalam diri Jack akhirnya terjawab. Bermula daripada insiden tersebut, Jack mula bersikap belot terhadap organisasinya dan cuba mencari kebenaran dalam setiap hal yang dilakukan olehnya.
Yang buleh aku katekan cerita ni perlukan penghayatan yang tinggi, pening sikit kot kalau tak fokus.... Berbelit-belit ceritanyer, pening aku duk memahamkan dan memikirkannya.... Mana nak pikir jalan cerita dia, mana nak pikir 'drama' kat luar cerita lagi...... (Hahahahahaha~~~~hanya orang yang faham je akan faham ape yang cube aku sampaikan ni.....Lalalalalala ^_^)
Psst : Aku tak mention pun nama dia (pelakon luar cerita) kat sini..... Tapi yang aku tahu dia akan baca dan akan faham.... huhuhuhu~~~ Kepada yang berkenaan: sudah2 la tu emo, dah buleh jadi bapak orang dah kottttt......kikikikikiki (^_^)V)





No comments:
Post a Comment