Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 1 November 2012

Frankenweenie

Salam November ~~~
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan November, kejap je rase kan dah nak akhir tahun..... Alhamdulillah Syukur ke hadrat ilahi diatas limpah kurnia-Nya, nikmat yang diberi, rezeki yang tidak putus-putus, segala cabaran ujian dan dugaan dapat kita tempuhi sepanjang tahun ini.... Syukur Alhamdulillah ~~~

Pembuka entri bulan November ni aku nak bercerita pasal salah satu aktiviti aku bulan lepas... Aktiviti biase iaitu menonton wayang.... huhuhuhuhu ~~~ Cume yang beza kali ni gi menonton dengan kawan-kawan sekolah menengah.... Kire ni reunion kecik yang kiteorang adakan.... Takde la ramai sangat yang join, kiteorang berenam je.... Asalnyer berlapan tapi yang due lagi tak dapat menghadirkan diri diatas sebab-sebab tertentu..... Yang berenam ni pun agak susah nak deal masa dan tarikh macam mana la nanti nak deal reunion besar-besaran.....

Geng Reunion kecikkkk......
Pada asal excited giler keluar ramai-ramai dapat tengok wayang sama-sama, makan sama-sama, maklumla masing-masing sibuk berkerja dah takde mase macam dulu-dulu.... Rase excited tu sebelum tiket wayang dibeli.... selepasn tiket wayang dah dibeli je..... Aku jadi......... (Ching~~~Ching~~~Ching~~~ bunyi cengkerik), tertibe harapan tinggal harapan, hancur musnah bagai gilis gilis lori, dicarik carik ibaratkan kertas berterbangan di ruang udara sebaik sahaja tiket wayang sampai ke tangan aku..... (wah.....Hiperbola tak tahan.......)

Nak tahu tak cerita apa yang dibeli sehingga kan aku jadi macam tu.... Cerita kartun animasi Frankenweenie, Aku tak tahu lak yang kawan-kawan aku ni semuanyer watak kartun termasuk la En.MZ tu... Dia lak jadi ketua yang pilih cerita tu.... Adoiyai ~~~

Tiket wayang yang diberikan kepada aku... Tinggal 4 je, yang lagi 2 ade member dah kerat,sanggup bergaduh dengan aku disebabkan tiket ni... Ade ke patut??
Frankenweenie korang pernah dengar tak pasal cerita ni?? Kalau korang pernah dengar kenapa aku tak pernah, Kenapa aku tak pernah dengar pun tajuk dia, Kenapa aku tak pernah tahu pun kewujudan cerita ni, Kenapa aku tak pernah tengok pun trailler die sebelum ni?? Kenapa aku??? Kenapa?? Kenapa??

Bile masuk je panggung, aku dah start mereka-reka agenda aku tersendiri.... (Huawaaaahahhaha, gelak jahat) Starting cerita, aku start dengan popcorn dulu..... makan tanpa henti tanda protes... Isyk, tak perasan lak asal semua kengkawan aku fokus aku sorang je terkial-kial nih.... Ok, aku start dengan bertanyer......

Me : Eh awak, cerita ni hitam putih ke???
En. MZ : Entah la, poster die ade warna.....
Me : Dah terang-terang cerita die hitam putih tu, poster die saje je nak tipu kite.....
En. MZ : Tengok je la,best jugak ni....
Me : Best apenyer tak de warne....
En. MZ : (tak jawab pape....tande fokus)

Ok, agenda aku yang pertama tak menjadi, yang kedua pun tak menjadi.... Takpe aku start agenda aku yang ketiga.... Aku mule wat muke bosan dan mejatuhkan diri dari kerusi tak sempat sampai ke bawah aku dah kena siku-siku dengan orang sebelah.... Ahhhhh....sakitttt woooo...... Tu la wat perangai lagi kan dah kena....
Padan muke aku ~~~ Nak tak nak aku kena tengok jugak cerita ni sebab aku tengok dieorang ni fokus giler nape aku je tak rase ape2 pun.... Siap gelak-gelak lagi tapi aku........ (Ching~~~Ching~~~Ching~~~ bunyi cengkerik lagi)

Ok la aku cerita la sikit pasal cerita ni.... Cerita Frankenweenie adalah sebuah filem yang menceritakan kisah seorang budak lelaki dan anjingnya. Victor ni seorang budak yang genius.... Setelah kematian anjing kesayangannya, Sparky, Victor tersangat la sedih sehinggakan suatu hari dia temui cara untuk hidupkan kembali anjing dia menggunakan kuasa cas elektrik bervoltan tinggi... Setelah dia berjaya menghidupkan kembali anjingnyer dia menyembunyikan ciptaannya tersebut namun saat Sparky keluar, kawan-kawan Victor meniru cara Victor menghidupkan haiwan yang dah mati tapi tak berjaya menjadi lebih teruk...

Itu je la yang aku boleh ceritakan sebab tu je yang aku faham yang selebihnyer hurmmmmm ~~~ Keluar je panggung wayang , kawan-kawan lain  macam seronok giler dengan cerita tu aku sorang je yang erkkkk ~~~ Cerita hitam putih, macam tengok cerita P.Ramlee je.... hikhikhikhik ~~~

Poster Frankenweenie... En.MZ cakap ber'colour'... Mane ade colour, terang2 poster die hitam putih... Ke aku dah kena tipu ni?? Hisyk3 ~~~

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com