Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 2 November 2012

Buah Tangan SARAWAK~~~

Korang pernah dengar tak ape itu buah dabai?? Buah terap?? Pernah tak?? Aku first time dengar hari ni... Itu pun dari kakak officemate aku yang baru balik dari kampung dia.... Dia bawak buah-buah tu dari kampung dia, Sarawak.... Kalau korang pernah dengar dan rase, maknenye aku sorang je la yang ketinggalan.... huhuhuhuhuhu ~~~~

Kalau mengikutkan ape yang aku baca Buah dabai ni sejenis buah  yang terdapat di Borneo (oooo...patutla kat semenanjung takde....) Buah Dabai ni tidak boleh dimakan terus sebab rase dia kelat pahit dan keras.... Ia perlu direbus atau dicelur menjadi lembut barulah boleh dimakan... Menurut kakak officemate aku cakap dieorang selalu makan buah ni dengan nasi, buat sebagai lauk..... Aku mule-mule macam nak try jugak buah ni, tapi ade seorang mamat office aku ni makan buah tu pastu die buat muke teruk.... Terus cancel aku nak cube..... takutttt muntah.... hihihihihihi ~~~

Ada 1 lagi jenis buah yang kakak tu bawak, iaitu buah terap..... Pernah makan tak??
Buah terap ni sejenis buah daripada keluarga cempedak.... Buahnya sebijk macam cempedak yang kecil, dengan bau wangi yang kuat...Pokok Terap ni kurang menyebar luas, dan lebih dikenal di Filipina, Borneo dan Thailand... Sama la macam Buah Dabai takde jugak kat Semenanjung Malaysia.... Buah terap boleh dimakan terus ataupun digoreng dengan tepung... Ala wat macam cempedak goreng tu, yang ni namanyer terap goreng.... Biji terap pun boleh dimakan setelah dipanggang atau direbus dengan garam.... Buah ni aku sempat merasa sebab kakak tu bawak yang dah siap digoreng dengan tepung.... Sedapppp, manis-manis macam buah cempedak cume biji die kecik je~~~ Kalau la kakak tu tak bawak dari Sarawak maknanyer sampai kesudah aku tak dapat merasa.... huhuhuhuhu ~~~

Buah tangan dari Sarawak.... Macam ni la rupe bentuk buah dabai dan buah terap tepung...
Psst : Terime kasih Kak Rina, next time balik Sarawak, bawak-bawak la buah tangan dari sane lagi.... Saya ni agak ketinggalan sikit..... hihihihihihi ~~~

2 comments:

  1. pokok terap, dengan buahnya, ada di semenanjung, cuma tak ada jual di pasar semenanjung.. di kedah, padang terap di ambil nama sempena pokok terap.. yang saya pernah makan disemenanjung, buah terap yang jatuh dari pokoknya, ada di kolam air panas batang kali.. menurut orang lama cina, batang tarap paling baik dibuat keranda, sebab kayunya tak reput bila ditanam.

    ReplyDelete
  2. OH ye?? information yang baru.... Baru saya tahu sebab kat kampung saya takde pun.... Tq sebab sudi berkongsi info dengan saya...

    ReplyDelete

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com