Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 29 November 2012

MAHA 2012

MAHA kembali lagi!!!
MAHA datang lagi!!!  Program MAHA yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia, diadakan 2 tahun sekali yang bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor Darul Ehsan, Malaysia kini kembali lagi dengan membawa konsep Transformasi Pertanian Melalui Inovasi.

Tahun ini MAHA 2012 dijangka akan dikunjungi LEBIH 3juta pengunjung untuk memecahkan rekod terdahulu yang dicatatkan dalam Malaysia Book of Record. Oleh sebab itu, aku tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan MAHA 2012 yang dijalankan pada 26 November hingga 2 Disember....

Pintu masuk MAHA 2012
Aku dan En.MZ pegi hari Ahad yang lepas... Pagi-pagi la lagi dah bangun atas sebab taknak bersesak-sesak dengan orang ramai... Jadi sebelum pintu MAHA terbuka aku dan En. MZ dah sampai dulu... huhuhuhuhu ~~~ Memang seperti yang dijangkakan, banyak giler kereta yang berpusu-pusu di pintu masuk.... Jam baru menunjukkan pukul 9 pagi kereta dah sebegini banyak, macam mana la kalau lewat sikt sure parking semua dah penuh... Kami bernasib baik dapat parking terdekat tetapi still kena berjalan lebih kurang 1km untuk masuk ke tapak pameran.... Parking yang atas-atas tu untuk extributor sahaja....

Kami mulakan perjalanan dengan melawat Laman padi terlebih dahulu memandangkan kami tersalah naik trek yang berhenti di Laman padi...Selepas itu kami amik trek ke2 untuk ke Ladang ternakan... Selepas Ladang ternakan sekali lagi kami amik trek berkembar untuk ke Laman perikanan...Kat laman perikanan ni la terdapatnyer rangka ikan paus yang besarrrrr...... Merupakan salah satu tarikan kat MAHA ni,memang besar giler..... Selepas tu kiteorang berjalan sikit ke Pavillion negeri dimana terdapat aktiviti kebudayaan dan pameran produk 13 negeri di Malaysia..... Tak yah melancong seluruh negeri pun boleh... hihihihihi ~~~ Aku decide untuk berjalan kaki je sebab dah tak larat nak tunggu dan naik trek... Penuh giler.....

Lepas dah penat kat situ, kiteorang pun berjalan la ke Laman Orkid, kesian hanya aku berdua dengan En. MZ je berminat dengan laman Orkid ni, sebab takde orang langsung kt situ... Apa lagi "Bunga-bunga cinta... layu di pusara" huhuhuhu ~~~ Aku tercari-cari jugak kat mane Tanaman Buah Labu besar dan tembikai besar katenyer kat Laman sayur, aku tak jumpe pun kat mane laman sayur tu.... Setelah penat, berpeluh-peluh badan disebabkan panas terik memancar, aku pun dah tak larat nak jalan lagi....kiteorang pun masuk ke Argobazar, dimana terdapat pelbagai jenis makanan dan jualan.... Tester makanan pun banyak, kenyang la..... huhuhuhuhu ~~~ Setelah berbelanja sakan kiteorang pun bergerak balik.... Itu pun dah nak dekat kul 8 baru la aku dapat keluar dari MAHA, jem kat jalan keluar yang melampau..... Kalau tak memikirkan badan dah penat, berpeluh-peluh, mata dah mengantuk dan bawak barang yang banyak.. Mau aku buat rumah kat MAHA tu... hahahahaha ~~~

Perkara yang terdapat di MAHA 2012 mengikut review aku......

Masih mengekalkan konsep yang sama seperti tahun-tahun sebelumnyer dimana masuk pada 1 pintu, dan keluar pada 1 pintu.... Menyebabkan jem tidak terkawal, yang keluar daripada parking banyak site... Sapa yang dapat parking kat atas tersangat la untung sebab tak yah beratur panjang untuk keluar, boleh potong barisan...kan??

Pembayaran parking juga sama seperti tahun-tahun lepas RM3 per kereta dan sekali masuk.... Tapi 2 tahun lepas, bayar dahulu baru parking tapi tahun ni diberi tiket bile keluar baru bayar.... akibatnyer terpaksa beratur panjang semata-mata nk bayar parking...

Urusetia yang ramai, itu bagus... Tapi takde sorang pun sukarela untuk jaga traffic semasa kesesakan laluan untuk keluar.... Menyebabkan aku yang beratur untuk keluar daripada pukul 6 hingga la pukul 8 dalam kereta sahaja, tempeture hampir separuh untuk high.... Kalau tahap berasap macam mana?? Memang dah ada kereta yang berasap sebelah jalan sebab jalan nak keluar adalah berbukit....

Signboard masih tidak jelas, mungkin aku pergi untuk terlalu awal... Menyebabkan kiteorang selalu tersalah naik trek.... Bukannyer sekali 2, tapi berkali-kali... terdengar jugak keluh kesah pengunjung yang tersalah naik trek sama dengan kiteorang.... Sebabnyer dieorang bawak orang tua dan anak-anak kecik... Agak menyukarkan perjalanan....

Kali ni terdapat banyak gerai makanan berbanding gerai pameran... Setiap laman ada gerai makanan sehingga mendominasi gerai pameran yang ada....

Bagi sesiapa yang pernah pergi MAHA 2010 akan rase perbezaan di MAHA 2012.... Bagi aku MAHA 2010 lebih menarik dan tersusun.... Itu adalah pendapat aku tak tahu la pendapat korang.... Tapi ape-ape pun banyak juga pembaharuan dan tarikan MAHA kali ni.....Kena pandai cari, rajin berjalan dan ikut peta....

Jom nengok gambar-gambar sekitar MAHA 2012 ~~~
Selamat datang ke MAHA 2012
Laman Padi yang menghijau ~~~ En.MZ dan sawah padinyer...erkkkk
Jentera padi yang besarrrrr ~~~
Ladang ternakan hidup.... Means binatang hidup je la yang ade..... huhuhuhu ~~~
Binatang-binatang yang ada di ladang ternakan ~~~
Diantara bahagian yang dipamerkan......
Burung walit center..... Burung takde,sarang die je ada.....
Landskap yang terdapat di MAHA 2012... Cantik2 landskap dieorang buat....
Rumah yang terdapat di Pavillion negeri... Banyak lagi sebenarnye tapi aku dah tak larat nak jalan..... huhuhuhu ~~~
Pameran rangka ikan paus terbesarrrrrr....... memang besarrrrr tak muat camera... Punca kematian masih tidak diketahui sehingga sekarang.....
Rangka Sperm Whale.... Kenapa nama dia Sperm Whale?? Dah name die memang mcm tu, mane la aku nak tau.... hihihihihi ~~~
Ni la die belangkas.... Nampak tak belangkas tu, melekat je... Sebab tu la kalau kite asyik melekat je, orang akan kate, 'Ko ni macam belangkas la'... Sama kan?? hihihihi~~~

Hall A.... kat sini ada Syarikat2 GCL membuat pameran tanaman.....
Di antara buah yang dipamerkan.... Yang aku amik ni buah yang tak pernah aku tengok,rase dan makan.....
Buah istimewa.... Hasil kacukan dari Jabatan pertanian dan diberikan nama Menteri2 kita.....
Hall D....Favorite Hall... ade makan-makan... hihihihihi~~~
Tibe masa untuk balik...... Jem kan, 2 jam aku kat dalam kereta semata-mata nak keluar sahaja... hurmmmm ~~~
Hasil pembelian.......Bile dah balik baru terpikir, 'macam sikit je aku beli???'

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com