Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 9 November 2012

Kepuasan sebenar ~~~

Apakah erti kepuasan yang sebenar bagi korang??Adakah kita akan berpuas hati jika orang yang kita sayang tu gembira?? Adakah kita berpuas hati bile kita dapat yang kita idamkan ataupun keinginan kita tercapai?? Ataupun kedua-duanyer sekali???

Bagi aku pulak, kepuasan yang sebenar adalah apabila kita dapat mengembirakan semua orang disekeliling kita dan sekaligus dapat ape yang kita inginkan.... Memang bukan mudah untuk mengembirakan semua orang dan nak buat semua orang suka dengan kita.... Dalam ramai orang tu, mesti ada sekurang-kurangyer seorang menjadi 'duri dalam daging', nampak macam suka kita tapi belakang kita duk ngumpat or mengata kita.... Kita yang tak tahu menahu ni mati-mati ingatkan semua orang suke dan sayang kita kan.... Kita tak boleh nak buat apa-apa bile perkara macam ni terjadi  sebab tu diluar kawalan kuasa kita, kecuali Allah mengurniakan kita 'six sence' dapat baca pergerakkan dan isi hati orang..... Apa yang boleh kita buat, berusahalah untuk menjadi yang terbaik, perbetulkan diri kita dahulu sebelum nak perbetulkan orang lain, sentiasa bersangka baik sesama manusia, jaga hubungan antara manusia, sentiasa berbuat baik dengan orang dan sentiasa mengembirakan orang walaupun orang tu sememangnyer tak suka langsung dengan kita.... Sebab hati manusia ni seperti kerak nasi, pabila disiram dengan air lama-lama akan lembut jugak..... Kalau ibaratkan hati manusia macam batu, batu pun jika dititik dengan air lama kelamaan akan lekuk juga....

Itu bermakna hati manusia ni walaupun sekeras mana yang menyatakan dia tak suka kita, jika kita sentiasa berbuat baik dengan dia, dia akan berubah daripada gila-gila tak suka kita akan jadi suka jugak.... InsyaAllah, jika niat yang baik Allah akan sentiasa bantu kita....

Sehari demi sehari, setiap bangun dari tidur aku ingin menjadi manusia paling baik dan manusia paling disayangi oleh semua orang.... Setiap hari aku ingin menjadi orang baru dan sentiasa pandang ke hadapan tidak mahu toleh ke belakang.....Jika boleh, tidak mahu ingat apa yang dah berlaku semalam dan sentiasa positif.... Banyak betul impian aku setiap bangun tidur kan, sebab tu la aku jadi tak suka bila orang rosakkan mood aku dipagi hari.... Aku ibaratkan pagi hari adalah permulaan hari, kalau boleh dipagi hari aku tak nak dengar perkara yang buruk ataupun dimarahi dan dimaki.... Marah tak semestinyer kena tinggi suara, marah juga tak semestinya kena guna perkataan yang kesat dan maki... Jika betul-betul salah, tegurlah secara berhemah, tegas tak semestinya kena buat muka bengis... betul tak??

Ok la cukup cerita pasal tu.... Sebenarnya nak bagitahu aku wat kraftangan felt semalam, dah datang mood kerajinan aku.... huhuhuhuhu ~~~
(ok, tapi ape kena mengena dgn tajuk entri di atas?? )

ID card holder yang baru dlm proses utk siap..
Dah siap...
ID card holder ni dah lama dimintak oleh adik dan kakak officemate aku, tapi semalam baru aku rajin dan ade masa untuk buat.... hihihihihihi ~~~ Hari ni baru la aku dapat bagi kat dieorang..... Bile dapat tengok dieorang tersenyum gembira, itu la kepuasan yang sebenar bagi aku.... Kepuasan tak semestinyer berikan sesuatu, tetapi sudah memadai jika kita lakukan sesuatu dan dapat ucapkan 'terima kasih'... Tu sudah cukup buat kita berasa puas.....

2 comments:

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com