Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 4 November 2012

T.A.P

Korang tahu tak ape itu T.A.P?? Pernah dengar tak?? Aku ni betul-betul ketinggalan sebab baru je hari tu aku tahu pasal bende alah ni.... Itu pun disebabkan kad atm aku terpaksa ditukar baru kerana dah capai tahap datuk nenek moyang, dah tahap tidak dapat dikesan oleh sesetengah mesin ATM.... Dah la kad tu pernah ditelan, amik kau dah langsung tak boleh keluar duit, padan la muke...... Nak atau taknak kena la tukar jugak kad lama aku tu.... Taknak la pisang berbuah dua kali, serikkkk kot ~~~

Tukar 1 dapat 2.... Untung ke???
Bagi yang tak tahu ape kejadahnyer T.A.P tu, meh la aku terangkan sikit.... T.A.P tu singkatan nama bagi Transaction At Palm... T.A.P yang dikenalkan oleh Bank Islam adalah kemudahan Perbankan melalui handphone.... dan tak payah pun pakai internet dah boleh buat transaksi, bayar bil2, transfer duit, check baki, top up kredit handphone dan macam-macam lagi boleh buat.... Memang senang sangat la, tak payah pergi bank dah lepas ni.... Guna handphone je dah boleh... Yang lagi best handphone cikai-cikai pun boleh jugak, sebab die tak gune internet pun just lekatkan sticker hitam pada sim card handphone....

Sticker hitam yang dilekatkan pada sim card handphone....
Tapi kemudahan ni setiap tahun kena cas RM8.00, kalau selalu gune tu  kire berbaloi la tapi kalau jarang-jarang atau langsung tak pernah gune memang sia-sia la bayar RM8.00 setahun tu... Selain kena bayar RM8.00 setahun, T.A.P ni jugak ada cas-cas tambahan yang lain..... (Ha,yang ni aku baru je tahu....cissssss)

Cas Tambahan
Perkara Caj
 Amaun (RM)
Pendaftaran dan Fi Tahunan Bagi setiap mPOD 8.00
Penggantian mPOD Bagi setiap mPOD 8.00
Tambah Nilai Pra-bayar Bagi setiap transaksi 0.30
Pemakluman SMS Bagi setiap pemakluman 0.20
Pertanyaan Baki Akaun Simpanan Bagi transaksi ke 4 dan seterusnya/sehari 0.30
Pertanyaan Baki Akaun Semasa Bagi transaksi ke 4 dan seterusnya/sehari 0.30
Pembayaran Bil Bil Utiliti (TNB, Telekom, Telco Pasca bayar & ASTRO) 1.00
Tabung Haji 1.00
Pindahan Wang GIRO Antara Bank 2.00

Selepas dah tahu pasal ni lebih mendalam terasa nak stop pulak servis bende alah ni.... Agak2 boleh tak?? Hurrrrmmmmm ~~~

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com