Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 6 November 2012

SkyFall

Cerita wayang bagi pembuka bulan November yang aku dah tonton, yang hangat diperkatakan sekarang tak lain tak bukan Skyfall James Bond 007.... Rating sangat tinggi ok, 8.0... ko hado?? Kalah Taken 2, Dreed & The Expendables 2 tau....

Dan disebabkan rating yang tinggi tu la ramai giler nak gi tengok cerita ni... Mungkin promotion yang mantap dan character James Bond tu sendiri yang dah kenali ramai.... Pada hari tayangannya 1 November, tak yah cakap la kesemuanyer penuh.... Dari Alamanda, IOI Mall, The Mines, Terminal 1, Terminal 2 dan sampai la ke Seremban 2... Semuanyer penuh, dasyat tak??? Aku cube lak nak tengok keesokkan harinyer 2 November, pun sama jugak... Penuh dan ada wayang yang tinggal beberapa baris sit depan je.... Adoi,dah la bukak wayang yang besar mau mendongak je tengok, mau balik rumah macam gitu je kepala.... huhuhuhuhu.... Aku tak sanggup la sampai macam tu, daripada tengok mendongak baik aku tunde je ke hari lain...

Tunda punye tunda aku dapat jugak tengok Hari Sabtu hari tu.... Time tu je la aku & si dia boleh tengok, nak tunda ke hari lain takut dah tak free... Tapi kali ni aku tak pergi berdua je, aku ditemani oleh kengkawan die... Hurrmmmm.... Ok ke aku ni??? Jangan wat perangai dah la, malu sendiri nanti... huhuhuhuhu ~~~ Kiteorang dapat tiket kul 3.30pm dan sampai time tu dalam kul 3.15pm.... Mak ai, ramai giler orang kat wayang, ni semua mesti nak tengok James Bond ni... Maklum la kat Alamanda bukak 3 panggung untuk cerita ni je, mantapppp rrrrr~~~~~

Sebenarnya tiket ni ada 4, sebab pergi berempat... Tapi member die dah kerat 1 tinggal la 3....
Ok starting cerita.... Aksi mantap, lompat-lompat, bawak motor atas bumbung, terjun bangunan bagai.... Berlawan atas gerabak keretapi yang sedang bergerak di satu lereng gunung pastu pommmm James Bond kena tembak.... Permulaan cerita James Bond dikatakan 'mati'.... dah habis dah cerita ~~~ Jom balik...... Hihihihihi, takde la pendek gitu citenyer mau mengamuk penonton.... Tu baru je intro mesti la kasi suspen sikit baru la best...ye dak??

Cerita ni bermula selepas kejadian Bond ditembak 'mati', pihak kerajaan telah menggunakan M sebagai subjek rujukan mereka dalam menangani segala situasi dan masalah. Namun begitu, apabila M mula diserang oleh pihak tertentu, Bond yang dikatakan telah mati tiba-tiba muncul depan M. M dalam keadaan berbelah bagi apabila melihat keadaan fizikal Bond yang terjejas akibat kecederaannya itu, tetap nekad memberikan tugasan terbarunya untuk memburu kumpulan pengganas itu yang diketuai Raoul Silva / Tiago Rodrigue.

Silva adalah pengganas yang psiko, licik, pendendam dan tidak berperikemanusiaan.
Tugasan Bond itu juga memaksa dia 'terbang' ke Shanghai serta Macau, China dan seterusnya kembali ke England dan akhir sekali menuju ke bumi Scotland. Namun dalam misinya dia dibantu oleh Q yang bijak dengan inovasi gajetnya. (time part borak-borak tu kalau tak disertakan dengan action mau tertidur aku dibuatnyer...huhuhuhu ~~~)
 

Ending cerita ni, semestinya la hero die tak mati dah kena bom rumah, api masuk terowong pun dia tak mati.... malah berjaya lagi selesaikan kes, cume M yang mati disebabkan kena tembak dan kehilangan banyak darah... Tapi kire ok la tu kan, hero tak mati?? huhuhuhuhu ~~~~ 
Bagi pendapat aku cerite ni ok part action die, memang mantap habis... Tapi banyak sangat part borak-borak, buatkan aku mengantuk.... Arrrrggghhhh (menguap) ~~~ Dah la cerita dia 2jam setengah, mau tak menguap 4,5 kali.... huhuhuhu ~~~~ 

Psst : Time ending cerita ni, dia tulis kat bawah tu James Bond will return... Kirenye ade sambungan lagi la ni kan??? Ade lagi?? Hurrrmmmm ~~~ Pasni mesti tukar hero lain....... hihihihhihi ~~~

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com