Sebenarnye, minggu lepas ada 1 program yang besar telah dianjurkan oleh fakulti.... Nama program tu i-INOVA 12, dah tiga tahun program ni diadakan dan tahun ni aku terlibat sebagai AJK Kesetiausahaan.... AJK Kesetiausahaan ni kerjanyer takde la rumit sangat, cume tugas die sebelum tu agak tough sikit sebab kena aturkan dan attend meeting kemudian kena la catat minit takkan attend semata-mata je.... Lepas catat tu kena buat minit mesyuarat pulak... Macam tu je kerjanyer..... Mase hari kejadian lak kena la hias dan jaga booth secretariat.... Agak tak mencabar tugas macam tu kan, sebab aku ni jenis tak leh duk diam satu tempat mesti nak merayau-rayau.... Kalau duk 1 tempat ni faham-faham je la.... Mau terlelap dibuai mimpi nampak gayenyer ditambah pulak disogokkan dengan pelbagai jenis makanan..... Tapi dah name pun tugasan kena la terima lagipun dapat makan free...hihihihi ~~ kenyangan untuk 2 hari... Alhamdulillah rezeki ~~~~
Alhamdulillah tahun ni punyer program i-INOVA berjalan dengan lancar walaupun aku rase agak tak meriah macam tahun-tahun sudah tetapi semua AJK tetap memberi komitmen yang tinggi.... Kelam kabut?? Itu dah biase bagi yang tak tahu flow program mesti terase kelam kabut tapi bagi aku dan beberapa AJK lain yang dah biase takde rase kelam kabut pun.... Bile tengok orang lain yang terlalu kelam kabut tu, ayat yang akan keluar dari mulut kiteorang "Rilex, bende boleh settle la....toksah kelam kabut sangat"
Tahun ni hampir separuh student USIM yang dapat medal, ade yang dapat gold, ade yang dapat silver dan ade juga yang dinobatkan sebagai Anugerah Inovasi Islam.... Yela mane tak student USIM yang bolot smua, tak banyak penyertaan dari Universiti2 lain.... Mungkin time program ni diadakan clash dengan time universiti lain, tahun boleh kire dengan jari kot Universiti yang bertanding.... Dan kemungkinan juga kurang publisiti dan promotion dari pihak kami.... Takper tahun ni jadikan pengajaran dan teladan tahun depan boleh perbaiki lagi... InsyaAllah ~~~
Apa-apa pun, TAHNIAH diucapkan kepada para pemenang dan kepada yang takde rezeki tu jangan la patah hati mungkin bukan rezeki korang tahun ni, cube lagi tahun depan yer.... Diharap kita dapat berjumpa lagi pada tahun hadapan i-INOVA'13... InsyaAllah ~~~
Moh kite jenguk-jenguk gambar sekitar i-INOVA '12 ~~~
![]() |
| Ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat... Aik, kenapa muke yang same je?? hihihihi ~~~ Yang ni je la AJK yang free untuk ditangkap gambar, yg lain busy taknak kaco.... huhuhu ~~~ |
![]() |
| Keadaan booth sekitar program i-INOVA '12 |










No comments:
Post a Comment