Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 12 October 2012

~ AiR Dicincang TakKan Putus ~

Masa sekolah dulu kite memang dah didedahkan dengan peribahasa yang di 'create' oleh orang dulu-dulu.... Orang dulu-dulu sangat kreatif create macam-macam peribahasa, semuanya berkaitan kehidupan semasa dan keadaan sekeliling dengan alam sekitar.... Orang dulu-dulu kalau nak marah anak-anak dieorang takde la marah direct.... Dieorang gunakan bahasa kiasan, walaupun kena marah tapi masih sedap di dengar.... Kan?? Bukan macam sekarang ni, kalau nak keluarkan kata-kata tu tak fikir hati dan perasaan orang lain... Maki dan hamun dah jadi perkara biase.... Isyk3 ~~~

Macam peribahasa 'air dicincang takkan putus', kat sekolah bukan main lagi cikgu-cikgu duk ajar peribahasa ni, dah berbuih-buih cikgu terangkan.... Kita dengar tapi tak pernah hayati peribahasa tersebut.... 'Air dicincang takkan putus' selalunya digunakan kepada hubungan adik-beradik yang selalunya dipenuhi dengan pergaduhan dan bertegang urat, tetapi pada dasarnya di dalam hati masih wujudnya perasaan sayang antara satu sama lain.Hubungan adik-beradik walaupun sering berbeza pendapat, bergaduh, bertegang urat ataupun tibe masa tu sensitif, sentap dan kecik hati tetapi hubungannya tak dapat diputuskan seperti air yang memang takkan putus walaupun dicincang. Masih teringat ketika masa kecil-kecil dulu,selalu jugak kita bergaduh walaupun perkare tu sebesar zarah sekalipun.

Dalam perkara macam ni, mak ayah la memainkan peranan penting... Mak ayah la duk pening kepala memikirkan masalah anak-anak.... Mana taknyer, cube bayangkan kita bergaduh dengan adik beradik kita yang duduk satu rumah... Dah bergaduh, sure la tak bertegur sapa kan... Kalau boleh berselisih bahu pun tak nak.... Sorang di luar, sorang dalam bilik bile time makan nak duk asing-asing duk satu meja pun tak nak.... Siapa mangsa keadaan yang tersepit ditengah-tengah kalau bukan mak ayah.... Puas la mak duk pujuk kite untuk berbaik tapi kite wat bodo je.... Sape yang makan hati kalau bukan mak ayah....  Kesian mak ayah kite kan.....

Sebenarnyer apa yang mak ayah tak tahu, di dalam lubuk hati kita takde la sekeras mana walaupun diluar nampak macam keras.... Ala macam peribahasa tu 'sekeras-keras nasi kalau direndam air lama-lama akan lembut' jugak kan..... Lama-lama mak asyik duk nasihat je lama kelamaan akan cair jugak dengan kata-kata nasihat mak tu.... Kalau lama-lama tak bertegur sapa, akan timbul rase sayang dan rindu cume egonye masih kuat utuh menghalang diri untuk terus bertegur sapa.... Yang sebelah sini tunggu sebelah sana tegur dulu, yang sebelah sana tunggu sebelah sini mulakan dulu... Kesudahnyer, tak jadi ape la kan.....

Kalau terjadinye keadaan yang seperti ni, aku hanya boleh cakapkan yang muda iaitu adik kena mulakan dulu kadang-kadang kakak atau abang kite ada satu perasaan yang mana dalam diri dieorang anggap dieorang lebih tua dan tak boleh tunduk dengan yang muda.... Ataupun dieorang takut bile dieorang mulekan dulu yang adik lama kelamaan akan pijak kepala dieorang.... So, kuase abang kakak akan hilang.... Nanti adik-adik tak kan dengar cakap dan nasihat dieorang dah, kurang ajar dan sebagainyer.... Kalau macam tu la keadaan abang dan kakak kite, kalau kite tak mulakan dulu sapa lagi nak mulakan.... Kadang-kadang kalau kite say 'hi' pun dah kire ok.... Cume jangan biarkan keadaan tu menjadi terlalu lama, lagi lama lagi susah kita nak mulakan.... 'Luka kalau lama-lama dibiarkan tanpa ubat akan menjadi nanah...' **wah, dah macam mari belajar peribahasa lak.... huhuhuhuhu ~~~~

Jadi ada betulnyer la peribahasa 'air dicincang takkan putus', walaupun hubungan adik beradik dilanda 'ribut' dan 'taufan' sekalipun tetap tidak akan putus sebab darah yang mengalir di dalam badan kita tetap sama. Walau macam mana jahat dan teruknya ahli keluarga kita tu, dia tetap adik beradik kita. Gaduh macam mana sekali pun, suatu hari nanti akan berbaik balik.... Kadang-kadang baik selepas bergaduh ni, hubungan lebih mesra lebih kuat ikatan kekeluargaan tu... Betul tak?? hihihihihihi ~~~

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com