Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 25 October 2012

Salam AidilAdha

Salam Aidiladha buat semua muslimin dan  muslimat seluruh dunia... Buat yang sedang mengerjakan haji Selamat hari raya Aidiladha juga aku ucapkan dan semoga kalian dapat menjalankan ibadah fardhu haji dengan lancar dan selamat balik ke tanahair.... Aamiin ~~~
Sangat bertuah bile mendapat jemputan dan menjadi tetamu Allah, diharap akan tibe mase untuk kita yang masih belum kesempatan lagi mengunjungi rumah Allah.... InsyaAllah ~~~

Bagi kita yang masih belum berkesempatan ke sana Allah itu Maha Adil, diberinya kita 1 hari Hari Raya Aidiladha untuk kita raikan bersama-sama keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan jiran tertangga..... Tapi kenapa sesetengah tempat pabila Hari raya Aidiladha kurang meriah berbanding Hari raya Aidilfitri.... Bukankah didalam hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i dengan sanad hasan menyatakan "Allah telah menggantikan bagi kamu semua dua hari yang jauh lebih baik, iaitu AIDILFITRI dan AIDILADHA"

Sepatutnya kita perlu menghargai kedua-dua hari tersebut..... Jika diberi kesempatan dan bagi yang masih mempunyai keluarga pulanglah sambut bersama-sama ibu dan bapa... Jangan la pada hari raya Aidilfitri je baru nak balik.... Hari raya Aidiladha juga perlu disambut dengan meriah buat la perkara yang sama dibuat semasa Hari raya Aidilfitri seperti masak juadah hari raya, bersolat sunat hari raya,maaf bermaafan dan kujung mengunjungi.....


Akhir kata untuk entri ni, marilah kita bersama-sama menghayati makna pengorbanan yang sebenar dan semoga kita dapat mengubah diri kita ke arah yang lebih baik.... Aamiin ~~~
Selamat Hari Raya Aidiladha dari saya Zuhafizz buat semua pembaca-baca blog CiNta HaTi Ku......
Semoga sambutan raya tahun ni lebih memberi impak dan bermakna buat korang semua...InsyaAllah ~~~

Psst : Bagi yang memandu untuk  balik ke kampung tu berhati-hati di Jalan raya ok..... Jangan laju-laju, tak lari kampung dikejar..... Semoga selamat sampai ke destinasi yang hendak dituju... InsyaAlah ~~~



No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com