Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 3 October 2012

Bila kita dah tak sehaluan .....

Tak sehaluan tak semestinyer dengan kekasih, mungkin dengan family, kengkawan ataupun orang disekeliling kita... Sekarang ni makin banyak pulak kite baca artikel-artikel yang macam ni "Kami dah benar-benar putus cinta", "Setelah bertahun-tahun baru kami menyedari yang kami tiada keserasian", "Kami dah tak sehaluan lagi", "Kami dah putus tetapi masih berkawan" ataupun "Kami putus bukan sebab orang ketiga"

Kenapa semua ni berlaku?? Kenapa pula selepas dah puas bercinta bagai nak rak, kahwin dah bertahun-tahun, beranak pinak baru tahu tiada keserasian... Kenapa mula-mula kenal dulu kita tak dapat detect yang tiada keserasian?? Ataupun bila kita sekali pandang je dah tahu tak serasi...Kan senang lau macam tu, takde la kita membazir masa, duit dan tenaga tunggu bertahun-tahun... Ke disebabkan CINTA TU BUTA?? Tapi bagi aku la, Cinta tu tak buta.... orang yang kemaruk bercinta tu buta sebenarnye....
Bila dah takde ape-ape untuk disalahkan, last sekali baru la kita cakap "Dah tiada jodoh" ataupun "Dah takdir kita tak boleh bersama"..... Balik-balik jodoh dan takdir jugak yang disalahkan.... Kenapa tak salahkan pertemuan kita mula-mula dulu?? Sebab tak terjadinyer pertemuan takde la perpisahan... Betul tak???

Pernah tak kita semua terpikir walaupun sekejap, Kenapa semua ni terjadi?? Bohong la kalau cakap dalam dunia ni takde sorang pun tak pernah rase kecewa, sentiasa bahagia.... Tak kisah la kecewa yang macam mane, dengan kekasih, keluarga, kengkawan mahupun dengan orang yang tak pernah ada kena mengena dengan kita.... Semua orang akan rase kecewa kan, cume cara rasa kecewa tu yang berbeza-beza....

Bagi aku, ini semua adalah mainan hati dan perasaan kita jugak.... Kenapa Allah jadikan kita ada hati dan perasaan?? Kenapa Allah letakkan hati kita kat dalam badan kita?? Kenapa tak ada kat luar?? Pernah tak kita terpikir?? Bile aku yang terpikir, kemungkinan dalam hati kita ada sesuatu isi yang mungkin kita seorang je yang tahu apa isinya dan mungkin juga sesuatu isi itu menjadi rahsia kita dan Allah s.w.t, tak boleh orang lain tahu, nampak atau rasa.... Macam mana kalau hati tu ada di luar badan kita ?? Isi hati kita akan tertulis, terluah tanpa kita sedar... Pastu mesti isi hati kita, semua orang dapat baca, nampak ataupun rase... Secara automatiknyer tu dah tak menjadi rahsia lagi, sebab orang yang takde kena mengena dengan kita pun dapat tahu isi hati kita... Apakah makna hidup kita kalau terjadinyer macam tu??

Allah s.w.t dah jadikan kita ada hati dan Allah sertakan pula hati kita dengan perasaan.... Kita akan rasa sedih, gembira, marah, takut,kecewa, kecik hati dan macam-macam rase yang ada.... Kita patut bersyukur sebab Allah dah jadikan kita ni dengan cukup sempurna... Sebaik-baik kejadian yang Allah jadikan adalah kita iaitu manusia....  Tetapi kenapa kita masih 'sombong' dengan-Nya??


Allah jadikan semua ni, mestilah bersebab.... Dan sebab itu hanyalah menjadi rahsia-Nya, Allahu A'lam....
Allah nak uji setiap hambanya.... Samada kita ni tahan atau tak dengan ujian-Nya, dan kembali memohon pertolongan dari-Nya.........ataupun........Kita ni masih lagi bongkak angkuh dan mengeluh kepada-Nya.... Masih tak sedar yang semua ni datang ada hikmah disebaliknya.... Hanya Dia yang tahu..... Allahu A'lam....

Pesanan dari aku untuk korang dan untuk diri sendiri jugak sebenarnya..... Jaga la hati kita dengan sebaik-baiknya, jangan timbulkan titik-titik hitam yang menutup hati kita.... Sebab hati ni memainkan peranan yang penting dalam membentuk diri seseorang manusia.... Pabila kita tengah marah, kecewa atau kecik hati dengan seseorang, bacalah doa dibawah.... Semoga hati kita menjadi lembut dan semoga marah kita akan reda tanpa menyakiti hati orang lain..... InsyaAllah ~~~


 Marilah bersama-sama kita menjaga hati kita.....

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com