Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 28 March 2014

Yeahhh!! Buku,buku,buku dan buku


Buku,buku,buku,buku baucar buku (^_^)v)

Cuti yang dibuat sendiri Isnin hari tu banyak sebab musababnyer.... Salah satu yang nih lah, mengambil baucar buku dan misi menghabiskan baucar buku orang hohoho~~~~

Kan dan masuk tahun baru, bila masuk je sem baru setiap orang yang bergelar diri dia student akan senyum lebau sebab proses mengagihkan baucar buku akan diadakan.... Akan penuh la kedai2 buku dengan student2 yang nak mengabiskan baucar buku yang mereka dapat sebelum bulan Julai ni.....

Tapi dalam ramai2 student yang gembira tu ade sorang je dapat baucar buku tapi die tak happy..... Sapa lagi, En. MZ lah.... Sebab die bukan jenis suka baca buku yang suka baca buku tu aku..... Jadi terpaksa la aku mengabiskan baucar buku dia kalau tak membazir je huhu hurmmm ayat terpaksa tu tak leh blah huhu......

Jom kite gi shopping buku!!!!

Kiteorang gi shopping kat Setia City Mall, ada ke kedai buku kat sini??
Eh, ntah....napa En.MZ ngajok gi Setia City sedangkan aku tak pasti ade kedai buku tak kat situ (~_~)
Hurmmmm nih mesti ada tujuan dan matlamat lain nih......
 

Hoho memang dengan tujuan lain pun.... En.MZ ngajok tengok wayang cite Need for speed rupenyer..... Cakap lah nak tengok wayang takde lah aku tertanya tanya...... Abis je tengok wayang misi mencari kedai buku diteruskan..... Cari punya cari terjumpa la MPH kat hujung sekali, memang takde banyak kedai buku pun kat situ kecuali MPH..... Aku pun masuk la MPH kat situ, cari cari cari buku yang nak beli tapi tak jumpa pun..... 
Terus tak jadi mengabiskan baucar buku kat situ......


Kiteorang pun gerak balik dengan hati yang sebal.... Wah, kecewa sangat tuh matlamat utama tak dapat ditunaikan lagi..... Dalam perjalanan balik En.MZ bagi cadangan tuk jejalan kat JJ Serdang dia kat kat situ ada Popular..... Dengar je Popular, terus aku setuju dengan cadangan En.MZ tuh.... bukan nak paranoid sangat, tapi bila kat Popular je aku jumpa buku yang aku nak beli hihi (^_^)v)

Jom lunaskan misi~~~


En.MZ tengah isi nama kat Baucar buku,
cian En.MZ sampai tak sempat nak isi nama huhu

Nanti saya belanja awak ice cream he hehehe (^_^)v)

Kan aku dah cakap, kat Popular je aku leh jumpa buku yang aku nak...... Masuk je Popular macam2 nak dibeli hihi..... Tapi banyak ni je la aku sempat amik ini pun dah kire banyak dah ni, nak sambung beli belah kat kampung lak.......hehe (^_^)v) Popular masih mengekalkan konsep yang sama, yang mana 80% buku 20% alat tulis... Tapi aku beli kesemuanya buku so takde masalah lah huhu~~~

Ni je lah sempat aku grab hasil kikisan dari En.MZ hehe
Terima kasih awak Muax!! hahaha
=P

Kat Shah Alam, kiteorang pergi restoran favorite En.MZ iaitu The Sumbs.......
Tapi buat ke3 kalinyer En.MZ kecewa sebab tak dapat calzone... hukhukhuk cian dia (T_T) Tak tahu la pukul berapa kiteorang patut datang tuk dapat makan calzone tuh (~_~) Mohon pencerahan pihak The Sumbs~~~~


Ini menu kiteorang kali ke 3Churros tak tinggal huhu (^^,)
En.MZ try menu baru 'Chicken Cordon Bleu' aku pun try menu baru 'Spaghetti ala the Sumbs'..... Dessert
Soothing Mango (^_^)
Semua sedap, dah dapat jangka kesedapan Calzone macam mana huhuhu

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com