Review movie~~~
Ni dah masuk movie ke 2 aku tgk dalam bulan nih.......
Demam movie omputih melanda (~_~)
Macam2 cite omputih duk ada nanti, tunggu dan lihat je lah huhuhu........
Kali ni cite Need For Speed kena serbu dek aku dan En.MZ.... Kala ditanya betul2 memang 'orang tu' lah yang beria ajak tengok, aku ni pengikut setia dia je.... Tapi bila tengok banner cite nih kat Highway aku lak yang terexcited lebih2, di tambah pulak dengan geng wayang aku gi tengok dulu tanpa mengajak kiteorang pun adoi ter ber (~_~)
Apa lagi, cuti yang dibuat sendiri hari Isnin hari tu aku terus ngajok En.MZ gi tengok huhuhu....
Jom tengok wayang, Need for Speed I'm coming!!!!
Cerita pendek Need for Speed
Cerita nih mengisarkan tentang seorang pelumba berbakat besar, Tobey Marshall yang menyertai pertandingan lumba haram sebagai
sumber utama untuk menampung kos perbelanjaan bengkel keretanya.
Bagaimanapun, dek kerana kesuntukan wang, Tobey terpaksa berkerjasama
dengan musuh ketatnya, Dino Brewster untuk
mengubahsuai sebuah kereta lumba yang kemudiannya berjaya dijual dengan
harga lumayan.Disebabkan sikap iri hati dan egois, Dino yang juga merupakan bekas pelumba NASCAR itu telah menjadikan Tobey sebagai ‘kambing hitam’ dalam satu perlumbaan maut dan menyebabkan Tobey meringkuk di penjara selama 2 tahun.
Selama tempoh itu, dendam kesumat Tobey kepada Dino tidak pernah luput di ingatan, lebih-lebih lagi apabila kemalangan tersebut telah meragut nyawa salah seorang teman karibnya, Pete.
THE END (~_~)
Sebenarnyer aku tak faham sangat cite Need For Speed ni huhu (kena tengok yang download balik semula......) Boleh pulak aku terlelap masa pertengahan cerita upssss bukan tertido terus ehh cume terlayang sikit je, still boleh tangkap suara percakapan dialog dieorang dan apa yang berlaku...... Al maklum la semalam nyer aku tido lewat bangun lak awal ko..... Mau tak ngantuk hehehe (^_^)v) So, gitu je lah aku leh ceritakan hehe~~~
Balik dari tengok wayang, ternampak banner cite nih kat Highway yang selalu aku lalu..... Snap sekali lah, walaupun dah 2 minggu cite ni tayang tapi still tak tanggal die nyer banner nih.... Hebat sangat ke cite die??? Musykil lak aku nih..... Ok ok ok, aku tak tengok betul2 cite nih masa kat wayang tadi tu yang tak faham tuh =P Jgn salahkan banner or sesape kalau diri sendiri yang tertido hakhakhak (o.O)



No comments:
Post a Comment