Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 6 March 2014

Selamat Pengantin Baru DOKTOR (^^,)


Kalau hari tu kenduri kawen anak Dekan merupakan pembukaan kenduri kawen tahun ni

Kali ni kenduri pasangan Doktor ni pembukaan bagi kenduri kawen kawan2 tuk tahun ni.... maka dengan ni bila ada je pembukaan maka adalah yang bakal menyusul kemudian harinya.... Sabar, tunggu dan lihat je lah.... Ini pun tuk bulan 3 dah fully booked tau..... Tahniah!!! (dgn gaya En.MZ cakap tahniah) hahahaha~~~

Dr. Farah (^_^)

1 Mac 2014 adalah tarikh keramat bagi pasangan Doktor nih..... Mereka dinikahkan pada pagi 1 Mac 2014 dan disandingkan sekali pada tarikh tersebut simple kan..... Meraka tidak mengikat tali pertunangan pun hanya sekadar masuk merisik pada bulan Disember so sweeetttt kan (sorang pun tak tahu, tahu2 tup tup nak wat majls jer (~_~) dan disatukan pada bulan 3.... 3 bulan je masa tuk wat persiapan.....Sempat ker??

Sekitar majlis Akad Nikah pasangan Doktor ni
Dengan sekali lafaz meraka selamat menjadi suami isteri
Alhamdulillah~~~

Lepas je majlis akad nikah kiteorang terus grab pengantin tuk bergambar huhu~~
Nak bergambo dengan pengantin sebelum bertukar baju tuk bersanding hehe

Pada mulanye, dia umumkan kat whatapps group yang dia bakal wat kenduri pada 1 Mac memasing tak percaya, wat dono je jemputan tuh ingatkan die memain...... Bila dah dekat tarikhnyer, baru lah dia tanya alamat tuk pos kad kawen... memasing tertanya tanya

"Eh,betol ko nak kawen Farah???"

"Eh,aku ingat memain betul rupenyer"

"Kenduri tunang ke nikah"

Memasing terkejut masa betul2 Farah nak jemput gi kenduri kawen dia, memasing tak percaya... Yelah, mana nak percaya Doktor Farah ni otak dia gila-gila sikit.... Cakap kekadang serius kekadang memain kekadang bendul kekadang blur, mana nak caya..... Sebab sepanjang dia belajar kat oversea dulu takde lak gosip dengan mana-mana lelaki, belajar memanjang..... Wah dah macam retis lak ade gosip2 bagai huhuhu~~~~

~Pelamin nan Indah~
Cantik la pelamin kalau keseluruhannyer warna putih kalau baju pengantin warne pape pun mesti naik seri
kan kan (~_~)

~Meja makan beradap~
Macam sedap je tuh nyumm nyumm (^_^)

Itu lah namanya jodoh kan, bila dah dapat satu tempat kerja masa tu lah boleh kenal2 maka jatuh cinta, bila dah jatuh cinta bawak jumpa mak bapak merisik, dah merisik bernikah.....Pastu??? Hehe~~~

Happening giler kenduri kawen dia sebab hampir kesemua ex classmate 4 dan 5 Alpha dulu datang meraikan pengantin...... Dah rasa macam reunion sekolah lak hahahaha (^_^) Cikgu2 pun ramai yang datang, mana tak nyer sapa yang tak kenal budak best student sekolah dulu, SPM dapat 10A kotttt semua cikgu kenal dia...... Aku??? Samaada ingat tak ingat je lah hahahaha =P

Moh kite tengok bertapa happeningnyer kiteorang dan pengantin baru bila berjumpa huhuhu~~~~

Kami (^_^)
Ex classmate 4 & 5 Alpha

 

Kami, kami dan kami lagi
Yang ni tuk second, third, fourth, fifth dan lagi batch
First batch dengan kawan2 perempuan je sebab kaum hawa je datang time kawan perempuan dia nikah dan second batch dengan kawan2 lelaki lak....huhuhu~~

Kami jugak (^_^)v)
Dengan Perantin hihi

~Pasangan Pengantin Baru~

Hadiah untuk pengantin~~
Aku nak jugak....
Amik berkat  pengantin hehehe

Kepada pesangan pengantin : Selamat pengantin baru diucapkan, Alhamdulillah dah selamat jadi suami isteri dengan sekali lafaz je.....hehehe~~ Semoga ikatan yang telah terbina ini berkekalan bahagi hingga ke hujung nyawa sweet till Jannah (^^,) Selamat Pengantin Baru Pn. Farah Diana!!!!

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com