Yes Boss!!!!
Ups2, jangan salah faham.... Ini bukan cite hindustan tu eh yang Shahrukh Khan dan Juhi Chawla tu (baru je siarkan hari Rabu lepas, layan gak tengok cite hindustan sekali sekala huhu) Yang ni drama cite Melayu, drama adaptasi novel.......lagi hehehe~~~
![]() |
| Novel Yes Boss!!!Aku takde novel ni, puas dah aku duk menggeledah rak2 Popular tapi tak jumpa jgk... Almaklum la cite dah mula baru la novel ni laku huhu~~~ Yang ni pun belas ihsan Cik Waniee bagi pinjam... TQ Cik Waniee bagi pinjam, 2 minggu lagi saya pulang eh kuikuikuikui~~~ |
Sinopsis kulit belakang novel (^_^)v)
Aryana...dia tak pernah terfikir dia akan menjadi pembantu peribadi
kepada lelaki yang menjengkelkan, berlagak bagus dan poyo (tapi boleh
tahan kacak jugaklah). Tugas hakiki seorang pembantu peribadi tidaklah
susah manapun, tapi nasib dia yang mendapat bos seperti Ilham
Irfan:selalu buat dia pening kepala. Setiap langkah bos..kena turut.
Setiap rentak bos...kena ikut. Semua kena Yes Boss! Dan dia pun sama
sekali tidak pernah menyangka yang hatinya akan terpaut pada lelaki itu
dan seterusnya membuatkan dia sering terluka.
Ilham ... dia perlukan Aryana untuk tolong cover line bila dia tiada di pejabat dan tolong pastikan setiap temujanji dia dengan semua 'teman tapi mesranya' itu tidak bertindih di antara satu sama lain. Sebabnya? Dia selalu lupa girl friend yang mana satu dia patut keluar. Kerja-kerja pejabat yang lain, Aryana yang bijak itu sudah tahu apa yang dia patut buat. Seronoknya hidup bila ada pembantu naif seperti Aryana yang tak pernah membantah. Cakaplah apa sahaja, Aryana pasti akan mengatakan Yes Boss!
Dan bila Aryana tiada, hidup dia jadi tak keruan. Saat tersedar yang dia perlukan Aryana lebih daripada bos yang memerlukan seorang pembantu peribadi, ada pula halangan yang menanti. Ah! masakan dia perlu mengalah kepada tauke kolam ikan keli tu!
Sinopsis Drama
Tak sesuai di Pizza
hut,Aryana bekerja di McD. Tak sesuai di McD,dia kerja pulak di Jaya
Jusco. Sudahnya paling lama setiap tempat 2 bulan.Bukan dia koman
sangat.Lulusan U lagi, tapi nasib tak menyebelahinya terutama bila
interview jawatan kerajaan.
Berkat "kabel" Mak Ngah di Wisma Alam,Aryana
akhirnya dapat jadi setiausaha. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk
Maarof,sudahnya dengan Ilham Irfan
anaknya-si Playboy yang girlfriend keliling pinggang.
Bukan jadi
setiausaha je,Aryana kena cover line setiap kali bosnya mengular denga
girlfriend dia.
Setiap arahan- Yes,Boss!
Dalam diam dia jatuh hati pada bossnya sendiri. Namun dia terpaksa bertahan dengan karenah hidung belang bossnya sendiri. - amik kat blog Admya (^_^)v)
Review aku (^^,)
Setakat ni aku tengok jalan ceritanyer lebih kurang novel je, dan mintak2 sama la macam dalam novel sebab novel die besttttt sangat..... Kalau dalam drama dia 'tuinnnn' sikit mungkin akan jadi tak best atau mungkin jadi lebih menarik, antara 2 tu lah..... Tapi setakat ni drama yang diadaptasi dari novel bile di 'tuiiinnn' jalan cerita sikit terus jadi macam ibu jari jatuh ke bawah, tak bessssttttt kuciwa terus...... Hurmmm~~~
![]() |
| Hero dan heroin drama Yes Boss! Emma Maembong & Fahrin Ahmad Dah semakin suka dengan Emma ni sejak dia berlakon cite Projek Memikat Suami huhu~~~~ |
Lebih kurang je kan sinopsis novel dan drama??
Hope, drama ni ikut seperti mana dalam novel la......
Kalau tak hurmmm (T_T)
Cite dia pada hari Sabtu & Ahad jam 6.00 - 6.30 petang....
Cite ni setengah jam jer (~_~) hurrmm tk puasss
Tak sabar nak tunggu cite dia petang ni lalalalala~~~





No comments:
Post a Comment