Review movie kembali.........
Movie pertama tu tuk 2014 ni., kita bukak kan lembaran wayang dengan cite ROBOCOP... Gila lama nak wat come back cite ni... Last aku ingat cite robocop ni masa aku kecik lagi.... Tahun 1993 tak salah aku la itu pun ROBOCOP 3... ROBOCOP first tak tahu la tahun bile, aku tak lahir lagi ko.... Ni dah tahun 2014 baru ade balik cite ni....21 tahun kottt....
Selepas berhempas pulas berada di atas jalan raya disebabkan Jem CNY (tak abes lagi cite pasal jem Tahun baru Cina hahaha) Bila dah rasa penat dalam keta mulalah aku rangka bermacam-macam plan... Antaranya tengok wayang cite ni lah....... Itu pun sebab~~~~
![]() |
| Erkkk..... Pic jadi separuh je sebab baru pasan poster ni bile dah dekat hehe~~~ ~Highway Bangi~ |
Aku ternampak poster/banner cite ni kat Highway on the way ke UPM, giler kentang besar banner die... Promosi gempak2 kalau cite tak best tak tahu la nak cakap huhuhu (~_~) Lagisatu ade 'orang tu' dah janji nak tengok cite ni dengan aku.... Sooooo, die kena kotakan janji die la....kikikiki (^_^)v)
Jom tengok wayang ROBOCOP 2014
![]() |
| Kami dah sampai~~ Memang sangat smart sut hitam RoboCop nih Thumb UP!!! |
Sampai je kat Alamanda, terus gi beratur tuk beli tiket (ups tak yah beratur pun terus je dapat beli sebab takde orang pun masa kiteorang sampai tu hehe) Tapi jangan sangka air yang tenang tiada buaya ~_~ walaupun takde orang beratur tapi bile tengok seat perrhhhhh giler depan screen, takde langsung ruang2 kat belakang tuk kiteorang berdua menyelit.... Hurrrmm~~~~
![]() |
| Dah beli tiket~~ Seat K 4 seat dari depan Screen, agak mendongak jugak la bila tengok huh~~ |
Depan pun depan lah tiket dah beli dah pun.....
Dah alang2 sampai takkan taknak tengok....
Jom lah kite tengok wayang~~~
Dalam dunia yang dibanjiri dengan penjenayah, Amerika Syarikat memerlukan sokongan pasukan keselamatan yang hebat demi melindungi rakyatnya. Namun, perbalahan timbul dalam kalangan ahli politik sama ada mahu menggunakan khidmat robot ataupun terus bergantung kepada anggota polis untuk melaksanakan misi tersebut.
Sebuah syarikat konglomerat multinasional, OmniCorp pantas memanipulasi peluang tersebut dan telah menggabungkan teknologi robot dan manusia dalam satu sut dengan tujuan utama untuk mengaut keuntungan berganda melalui penciptaannya itu.
Dr. Dennet Norton telah dipertanggungjawabkan untuk menghidupkan Alex Murphy ke dalam sut rekaannya. Kerana telalu cintakan suaminya, Clara Murphy terpaksa bersetuju dengan idea tersebut.
Namun, mereka gagal untuk mengawal naluri semulajadi manusia apabila Alex Murphy telah mengingkari kod arahan yang telah ditetapkan oleh mereka. Bimbang dengan keadaan itu, CEO OmniCorp, Raymond Sellars bertindak mahu menghapuskan RoboCop.
Ok, tu je.... Nak tahu lebey2 kena la tengok, takkan la action2 pun aku nak cerita... Tak cukup 1 muka surat nih hehehe (^^,)
Lepas dah tengok habis cerita ni baru lah aku tahu yang cerita ni takde kena mengena langsung dengan ROBOCOP 1,2,3... So, kalau tak tengok or tak ingat pun tak pe cite ni bukan come back dari yang mula2 dulu aku ulang lagi sekali bukan come back (^_^)v) Cerita ni ceritakan dari mula macam mana manusia menjadi robot, tak sama langsung dengan yang No 1... Cume sama konsep saja, manusia jadi Robot tu namanya ROBOCOP....
Selesai je tengok wayang kiteorang pun gi makan kat RASA Village hahaha tempat paling senang nak pilih makanan macam2 ade (^^,)
![]() |
| Pilihan EN.MZ.... Dia memang pakar bab2 pilih makanan ni... tahu je mana tempat yang sedap =P |
![]() |
| Pilihan aku..... Hahahaha takde la lain, aku memang tak pakar bab2 pilih makanan ni asal sedap semua aku sebat =P, kalau makan kat RASA ni je la yang aku akan tuju dulu Asammm Laksa Thooorbaikkk!!! |
Masa tengok Trailer movie cite lain macam2 cite En.MZ ajak tengok
Tapi...............................
Tak tahu la ada masa tak, nak gi tengok hehehe (^_^)v)








No comments:
Post a Comment