Cuaca sekarang ni semakin lama semakin panas
Harap korang semua berada dalam keadaan baik-baik saja yer.....
Disini ada tips tuk korang tuk kurangkan rasa panas dalam badan.....
Panas dalam badan bukan panas baran tau hehe (^_^)v)
- Minum air dengan secukupnya. Hindari dari mengambil minuman yang berkafein atau beralkohol kerana minuman tersebut akan mengakibatkan hidrasi. Selain air mineral, teh herba dan jus buah-buahan juga dapat membantu menyegarkan tubuh badan kita.
- Berada di dalam bilik yang berhawa sejuk. Kalau mampu, gunakan penghawa dingin dan berehatlah secukupnya.
- Rancang aktiviti anda di luar rumah. Kurangkan aktiviti di luar sekiranya boleh.
- Pakailah pakaian berwarna cerah, bagi membantu memantulkan cahaya matahari. Pakai juga pakaian dari jenis kain kapas yang boleh menyerap peluh.
- Gunakan krim tabir suria (sunblock) ketika berada di luar untuk mengelakkan kulit anda terbakar.
- Jangan tinggalkan anak kecil tanpa pengawasan di dalam kenderaan walaupun beberapa saat! Suhu di dalam kenderaan anda mungkin boleh meningkat berlipat kali ganda dalam beberapa minit sahaja. JANGAN TINGGALKAN ANAK ANDA DI DALAM KENDERAAN. Sentiasa periksa kenderaan anda sebelum meninggalkannya.
- Gunakan kipas angin untuk menurunkan suhu badan. Walaupun tak akan sejuk sepenuhnya, suhu badan anda tidaklah terlalu tinggi.
- Gunakan payung untuk melindungi diri anda ketika di luar ataupun pakailah topi untuk berlindung.
Bila hujan nak turun ni,
Dah nak masuk sebulan dah hujan tak turun-turun
Ya Allah turunkan lah nikmat hujanMu kepada kami......
Rindu la kat Hujan.....Rindu rindu rindukanlah dirimu (T_T)




No comments:
Post a Comment