Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, 15 February 2014

2104 Hye Kuantan (^^,)......Part 2

Ok, bertemu lagi kita di part yang ke2.......huhu
Macam iklan TV petang2

Hari ke2 di Kuantan.......

Sebelum aku ke Kuantan, orang cakap cuaca/suhu kat Kuantan sejuk sampai mencapai 19'C..... Memang betul pun kate orang sejuk teramat sangat smpai menusuk ke tulang belulang, nasib baik kat bilik air Hotel ade Water Heater, leh mandi pakai tu... Kalau tak de pakat tak mandi la semuanyer huhuhuhu.....

Tapi kesejukkan tu hanya di sebelah malam dan awal pagi, kalau dah tengah hari panas seperti biase cume bukan panas terik yang menyengat tu ni panas yang berangin walaupun panas tapi tetap rase angin.....

Kiteorang mulakan aktiviti seawal 7 pagi, awal2 pagi lagi mak dah kejut bangun dan dipaksa mandi seawal pagi tengah2 sejuk teramat tu sebab nak keluar cari sarapan... Rugi la kalau dah sampai Kuantan tapi miss makan makanan pagi... Kalau pegi je gerai2 yang jual sarapan pagi tu berderet kuih muih yang kita tak pernah jumpa kat tempat lain... Original dari Pantai Timur sahaja.....Memang rugi rugi rugi (~_~)

Ni la gerai yang kiteorang wajib pergi beli sarapan pagi....
Macam2 makanan tradisional ada, dari seberat2 makan hingga la ke ringan dan yang penting kena dengan selera aku dan keluarge aku...huhuhu~~~

Kiteorang memang rancang tuk keluar pagi2 cari makanan pagi kat luar dan bawak balik makan kat hotel. Memang taknak makan kat kedai tu sebabnyer kalau nak tunggu masing2 bangun,mandi dan bersiap mau kebulur kiteorang semua....hahaha~~~

MegaMall Kuantan
Shopping complex yang terdekat dengan hotel yang aku duduk, itu yang 2, 3 kali pergi tu...huhu~~

Sebelah dalam MegaMall

Pandangan luar dari kaca cermin MegaMall

Selesai je makan pagi,kiteorang pun melepak kekenyangan dah kenyang malas pun nak kuar huhuhu =P Dah menanjak ke petang baru lah kiteorang keluar, itu pun tak ke mana.... Lagi sekali melawat tapak Megamall, lom puas meronda kawasan katenyer huhuhu...... Keluar dari Megamall kiteorang ke Telok Chempedak.........

Aktiviti 'melawat tapak' MegaMall dijalankan.....
Eh eh eh Cik Fareeda pun ade kat sini le (^_^)v) huhu~~~~

Tapi sayangnyer, Telok Chempedak tak dapat dimasuki sebab dibanjiri kereta yang tah dari mana2.... Jalan raye terlalu sesak sampaikan aku tak nampak orang lalu lalang langsung.... Ade pesta air katenyer sebab tu ramai orang Al-kesahnyer~~~~ Oleh sebab frust kiteorang terus menuju ke arah Tanjung Lumpur (kampung kelahiranku) sebab nak beli keropok, bekalan nak wat balik Melaka.....

Jom ke Telok Chempedak!!!!
Excited je lebey (~_~)

Istana Pahang..... Ermmm dapat amik pic pagar je
Tak pe kan?? (~_~)

Ehem3 sekolah sape la ni yer??
Huhu sekolah aku dan adik beradik ketika menetap di Kuantan satu masa dahulu (^_^)v)

Aku, Adik, Anip, Mia dan kambing........ Kambing??? Errkk (~_~)
Macam mana kambing leh termasuk dalam pic nih??? hahaha~~~

Selesai beli keropok kat Tanjung Lumpur kiteorang bergerak lak ke Jaya Gading, pun sebab nak beli keropok tapi ni keropok lekor tuk bekalan makan dalam Hotel huhuhu~~~ Selesai proses membeli belah kiteorang merayau lagi ke East Coast Mall Kuantan lak bersebelahan dengan The Zenith Hotel, hotel baru cantikkk sangat hotel ni.... nak tengok kecantikan hotel ni, sila tengok pic dibawah huhuhu..... Tak jauh pun dari Hotel yang aku tinggal sama jugak dekat je, cume kena naik keta la kalau jalan kaki mau tercabut kaki satu persatu huhuhu.....

Jom membeli belah!!!!

East Coast Mall

The Zenith Hotel bersebelah dengan East Coast Mall

Ha, ni la dia The Zenith Hotel.....
Cantik kan?? Akak aku tengok je terus teruja......
Siap cakap "Nanti nak datang Kuantan lagi, nak duk kat hotel ni pulak"
Erkkkk Kuantan lagi ker???? Gi la bercuti tempat lain pulokkkk (~_~)

Sampai je kat dalam East C Mall punyer la ramai manusia, dah macam lautan manusia dah... Pening lak aku rase bile dah ramai2 macam tu, cepat je aku nak blah dari situ... Tak tahan lak rase duk berhimpit dengan orang2 kat situ......Tak sampai sejam pun dalam East C Mall tu kiteorang pun balik ke Hotel tuk berehat....

Kuantan dikala malam (=_=)

Taman kerang terletak berdekatan dengan Masjid Kuantan
Ntah betul tak nama die taman kerang, aku main panggil je macam tu sebab masa kecik2 dulu aku selalu lepak kat situ dengan family dan mak aku panggil tu 'Taman Kerang' (^_^)V)









Gong Xi Fa Cai
Eh eh ni bukan hotel aku duk, ni hotel lain...
Aku cume nak tunjukkan yang aku gi time musim Tahun Baru Cina...huhuhuhu (^_^)V)

Dari pagi keluar sampai la ke malam......
Penat badan ni Allah je yang tahu (~_~)
Esok ada 1 hari lagi nak berjalan......
Esok hari last berada di Tanah tumpah darahku (T_T)
Ok, time to Zzzzzzzzzz............................

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com