Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 14 May 2012

~ Tiada Yang Kedua ~

Semalam satu lagi cita dlm novel dijadikan telefilem.... Tiada Yang Kedua (mesti korang pernah dgr tajuk novel ni, sebab novel ni blh tahan terlaris jgk di pasaran), penulis Sania Yasmin.....
Masa aku tengok iklan cita ni kt Astro, terus aku teruja nk tengok... Sanggup tu tunggu kul 10 smpai kul 11.45malam... Padahal hari ni nk bangun pagi kena keja... huhuhuhu~~~

Drama Tiada Yang Kedua lakonan Ayu Raudhah sebagai Nur Shahirah Batrisya (Shira) dan Pierre Andre sebagai Imran... Drama ni terpaksa dipendekkan sebab telefilem kan bukannya drama bersiri....

Part yang menyentuh jiwa masa ibu bapa Shira meninggal dan time Shira terpaksa meninggalkan suami dia disebabkan ugutan dr bekas makwe suami dia... Waaaa....sedey..... Dlm novel pun sedey part situ, tp bile dlm drama dapat feel sedey kejap je....Cita dia melompat-lompat, yela kan terpaksa dipercepatkan jalan cita...lau tk, tk smpai lak ending die....Dlm masa 1 jam 45 min je nk habiskan 1 novel, nnti ending die tergantung lak...huhuhuhuhu~~~

Overall, best juga telefilem dia, sma je dengan jalan cita novel walaupun dipendekkan dan dipadatkan...
Walaupun pada mulanya agak bosan juga nk tunggu klimaks dia... Tapi dh lama2 baru best jalan citanya... Layan~~~
Kiranya lakonan Ayu Raudhah dan Pierre Andre berjaya la... (suke dgn muke Pierre dlm cita tu, mcm tk de perasan....huhuhuhuhu~~)

Jom layan Sinopsis Drama & Novel Tiada Yang Kedua......

NUR Shahirah Batrisya berasa bahagia menantikan saat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan keluarga. Namun, keindahan malam pengantin yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan. Lelaki yang baru sahaja menikahinya membongkar rahsia yang sangat pahit untuk ditelan.

Di birai katil mempelai yang dihias indah, Imran dengan angkuh mengakui hatinya sudah dimiliki. Malam pertama itu juga menjadi saksi Imran melafazkan perjanjian yang tidak diduga. Dua tahun lagi perkahwinan itu mesti dinoktahkan. Shira akur menerima keputusan suaminya. Hanya pilu yang menemaninya membilang hari-hari yang bakal menjanjikan status janda muda buatnya. Sesungguhnya dia kecewa! Semakin hampir dengan hari yang dijanjikan, Shira berperang hebat dengan perasaan keliru yang merantai jiwanya.


Tanpa pengetahuan sesiapa, dia akhirnya melarikan diri kerana lebih rela pergi daripada mendengar lafaz perpisahan yang bakal meniti di bibir Imran. Naluri seorang suami mendesak Imran untuk terus mencari Shira dengan perasaan kesal yang menggila. Namun, pencariannya hampa. Ke manakah Shira membawa diri? 


Novel Tiada Yang Kedua, antara koleksi novelku~~~
 Psst : Dah habis tengok Drama Tiada Yang Kedua...Tetibe massage masuk "Tiada yang kedua melainkan awak seorang".....hihihihi.... Dah tau sapa pengirimnya kan??? toink toink toink~~~

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com