Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 9 May 2012

~ DraMa OOOooo DraMa ~


Walaupun drama ni dh lama berakhir.... Tapi aku baru berkesempatan tgk ending dia ahad ari tu..... Eeeee... Teruk kan aku... Ketinggalan betul.... Bukan pe, walaupun ada TV kt umah tapi aku malas nk ngadap tgk tv time2 maghrib tuh.... huhuhuhuhu ~~ Nasib baik ada tempat download.. blk la aku tgk bila2 masa kn??? hihihihihi....

Sebenarnya, drama Cinta Buat Emelda ni adaptasi dr Novel Kasih Antara Kita penulis Aleya Aneesa.... Best drama ni, sama dengan novel dia... Cukup menyentuh jiwa... tangkap leleh.... Drama adaptasi novel kali ni tk de byk perubahan dr jalan cita novel.... tk byk perubahan tapi tetap ada sikit perubahan.... Mana boleh ikut sebijik2 mcm dlm novel... tk menarik la kn??

Ending drama Cinta Buat Emelda sangat2 sedey, bile tgk sengsorang boleh nangis tangkap leleh....huhuhuhu....
Especially, kata2 Aril Fatah & Emelda di akhir cerita... Buatkan aku teringat-ingat sampai sekarang....

Aril Fatah :
 '" Saya ada 2 mata utk melihat, namun saya tk mampu utk memandang,
Saya ada 2 tgn utk memegang namun saya tk mampu utk mencapai,
Saya ada 2 kaki utk berjalan namun saya tk mampu utk melangkah,
Tapi saya cuma ada 1 hati yang mana saya yakin utk mencintai awak sehingga akhir hayat saya.... "

Emelda :
 " Kadang2 Allah berikan hujan dan ribut kepada kita,
Sesekali Allad kurniakan petir, kita jadi risau, sedih, takut
tapi selepas hujan rupa-rupanya Allah hadiahkan kita pelangi "

Sangat menyentuh jiwa kn kata2 tu... Apapun aku ucapkan tahniah (walaupun terlambat....huhuhuhu) kepada Pengarah, Penulis Skrip, Krew2 dan pelakon2 Cinta  Buat Emelda terutama Fizo Omar & .....Lakonan korang memang mantap.... Congratulations~~

Jom layan Sinopsis Novel Kasih Antara Kita & Drama Cinta Buat Emelda

 Novel Kasih Antara Kita
 
Emelda sama sekali tidak menduga begini lipatan takdir yang dijanjikan untuknya. Namun dia tetap pasrah dan reda dengan setiap ujian yang datang. Yakin... Sesukar mana pun perjalanan hidup, masih ada keindahan dan kemanisan yang akan dikecapi.

Lantaran itu, dia rela bila melihat derita yang ditanggung oleh si kakak. Jika inilah yang dinamakan pengorbanan, dia tahu dia telah melakukan pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Masa depan dan harga diri! Namun, apa pilihan yang dia ada?

“Tapi... dalam hidup ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apa lagi bila melibatkan perasaan orang lain.”

Akur dengan kata-kata itulah, Emelda akhirnya rela memperjudikan nasib bersama Aril Fatah. Meskipun saat memandang wajah itu tidak ubah seperti melihat kertas putih. Tapi demi Atiea dan Dania, dia tetap mencuba sedaya yang boleh. Walaupun dia tahu, bila kebenaran terbongkar, dia yang akan karam sendiri!

“Benarkah perkahwinan tanpa cinta itu teguhnya seperti sebuah istana pasir? Diusik ombak, pasti akan goyang. Apatah lagi jika gelombang yang tiada taranya.”

Lantas hati kecil Emelda bertanya, “Inikah balasan atas pengorbanan yang kulakukan selama bertahun-tahun ini?”

Sedangkan dalam waktu yang sama, Aril Fatah leka memikirkan kata-kata tulus Hakimi yang lebih kepada cabaran. “Kalau benar sayang, berusahalah untuk mendapatkan cintanya!”

Cinta Buat Emelda

 Drama bersiri ini mengisahkan tentang pasangan kembar, Emelda dan Emira mempunyai personaliti yang berbeza. Emelda seorang ulat buku manakala Emira seorang yang ceria dan gemar bersosial. Emira terlanjur dengan teman lelakinya, Aril Fatah dan dia telah mengandung. 

Malangnya, Emira meninggal dunia selepas melahirkan anaknya akibat penyakit kanser. Bagi menjaga maruah kakaknya, Emelda mengaku bahawa bayi tersebut ialah anaknya. 

Selepas 7 tahun, Emelda bertemu kembali dengan Aril. Setelah mengetahui Dania ialah anak kandungnya, Aril Fatah mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda tanpa menyedari bahawa Emelda bukanlah Emira.

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com