Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 18 May 2012

~ SeIndah Sakura ~~

Sekali lagi novel dijadikan drama...Kali ni novel Seindah Sakura menjadi pilihan.... Kebetulan novel ni pun baru aku beli kt Pesta Buku PWTC yang diadakan baru-baru ni.... Oleh sebab, aku pun br beli novel ni aku belum lagi baca sepenuhnya lagi...hihihihihi~~
Sinopsis Novel Seindah Sakura

SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam.

Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil ter halang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu.

Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi.

Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya. Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar...

Drama dia pun guna tajuk 'Seindah Sakura' lakonan Fahrin Ahmad dan Fasha Sanda'.... Cerita ni ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 petang hingga 8 malam menggantikan drama Cinta Buat Emelda... Mcm biasa la, aku malas nk mengadap TV maghrib2 tu, aku akan tunggu download pada keesokkan harinya... hihihihi~~~

Sinopsis Drama Seindah Sakura

 Drama Seindah Sakura ini mengisahkan tentang Shakira yang terpaksa melalui satu kehidupan yang sedih bersama neneknya setelah ditinggalkan sebatang kara oleh ibunya sejak kecil.
Shakira tetap cekal meneruskan kehidupan yang daif bersama neneknya. Namun Shakira sering tertanya-tanya mengapa ibunya meninggalkannya sebegitu sahaja dan terus hilang tanpa khabar berita.
Di sekolah Shakira sering didenda oleh seorang guru baru yang bernama Cikgu Airil kerana Shakira selalu tidak hadirkan diri ke sekolah. Shakira menerima hakikat bahawa orang seperti Cikgu Airil tidak akan memahami situasi yang dihadapinya.
Suatu hari seseorang yang bernama Pak Jamil telah menceritakan tentang kehidupan Shakira pada Cikgu Airil. Setelah itu barulah Cikgu Airil memahami apa yang Shakira terpaksa lalui dan terus berasa bersalah. Selepas itu Cikgu Airil mula menjadi pembakar semangat Shakira dan sering menemani Shakira ke hospital sehingga mula wujud perasaan di hati masing-masing.

Cerita ni baru je ditayangkan Isnin minggu lepas, so sekarang ni baru je episod 8 semua sekali ada 24 episod... dijangkakan habis pada 14 Jun, Khamis.... Mintak2 la ending dia best mcm drama2 novel yang lepas.... hhiihihihihi~~~

2 comments:

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com