Selamat Pengantin Baru Ummu Qaniah Yasin
Ok, nama penuh aku tulis nama ko hehehe.... Sebab nama ko unik, itu pasal aku ingat nama penuh ko hingga ke hari ni dan aku leh nama penuh ko kat sini hehe~~~ Sorang lagi kawan baik sekolah aku kawen, kawan sekolah dan sekelas tambah lagi kawan naik bas sesama gi/balik sekolah...... Kire kenduri dia ni pembuka kenduri kawen kawan2 bagi tahun 2015 nih la..... Kalau kira-kira kawan kelas aku tinggal bapa kerat je yang bujang memasing dah berkawen dah ada tunggu masa tuk bersalin pun..... Itu lom campur kawen tak bagitahu tu huhu~~~
24 Januari 2015
Tarikh yang dipilih oleh kawan baik aku ni sebagai tarikh penyatuan 2 hati menjadi satu cewah..... Mereka selamat diijab kabulkan pada jam 11pg bersaksikan kawan2 sekolah, kawan2 universiti dan orang kampung.... Tahniah Ummu!!!! Bertambah tambah senyum la ko lepas nih yerkkk dah ada orang jaga ko hehe~~~
Time aku sampai pengantin tengah makan.... So tunggu punya tunggu nak jumpa pengantin sampai tak perasan bila pengantin masuk rumah tuk tukar persalinan.... Kitaorang pun beramai ramai la masuk dalam rumah... So misi menunggu pengantin tukar baju lak... Naik mengantuk aku menunggu pengantin nih huhu~~~ (Z_Z)
Aktiviti semasa menunggu pengantin bersiap~
Bila jumpa kawan2 macam ni la gayanya, tak peduli dah orang keliling... Nak2 masing2 gile camera pantang ada orang panjangkan tangan sambil pegang camera ada je muka yang senyum leret (^______^) disebalik camera itu hahahahaha~~~
Bila pengantin dah keluar je kitaorang cepat2 tarik pengantin suh bergambo dengan kitaorang.... Ahhh tak peduli dah orang lain, kitaorang tunggu lame kot... Sila beratur ok hahahaha~~~
![]() |
| Kami Ex-5Alfa (^_^)v) |
Selesai bergambar dengan pengantin kitaorang balik lah buat bukti.... itu je misi kitaorang, dapat makan, dapat bergambar dengan pengantin, dapat berkat pastu balik la.... Selesai misi tinggal la pengantin dengan senyuman leret sampai ke telinga (^________^) hahahaha~~~
Kepada Pengantin baru Ummu & Anas
"BARAKALLAHU LAKA WA BARAKA A'LAIKA
WA JAMA' BAINAKUM FI KHAIR"
“Semoga Allah memberkahimu dan memberkahi atasmu serta mengumpulkan
kamu berdua dalam kebaikan“.
Selamat menempuh hidup baru, semoga jadi keluarga yang saqinah,
mawaddah, warrohmah, mendapatkan keturunan yang sholeh serta sholeha,
diberikan rejeki yang berkah dan melimpah, serta selalu didalam
lindungan serta kasih sayang Allah swt
SELAMAT PENGANTIN BARU




No comments:
Post a Comment