Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 12 January 2015

Merentas Dataran Pahlawan


Aktiviti kami selepas tengok wayang adalah merentas Dataran Pahlawan ala2 macam merentas desa macam kat sekolah dulu lah hahahaha~~~

Cakap2 pasal sekolah tiba-tiba rasa rindu lak kat sekolah.... mana taknye kat situ la kitaorang berkawan, berkenal, jatuh cinta eh =P emotional jiwang la tiba-tiba

Dataran Pahlawan~~~bahagian belakang

Aktiviti selepas tengok wayang

Merentas Dataran Pahlawan, kasut dengan rumput dah sama kaler mana kaki mana rumput pun tak tahu hahaha~~

Memasing membawa diri mencari Ilham (~_~)
 
Lepas tengok Taken 3 yang hurmmm hurmm hurmmm tuh tiba-tiba perut rasa lapar lak... tadi dalam wayang tak beli pape just beli air je kononnya nak fokus tengok cita sekali cita tu hurmmm huurrmm hurrrmm tu lah korang degil aku ajak tengok Terbaik dari Langit lalalalala~~~

Tempat landing kiteorang huhuu aponpo~~~

Bila perut lapar kena la cari tempat landing dulu... Kiteorang pun landing kat Subway makan makanan ringkas dulu balik rumah nanti baru makan yang berat-berat..... Itu bagi diaorang la perut lelaki, Jangan ikut perut aku sebab aku dalam proses berdiet nih..... lagi 3 bulan meh seram sejuk takut baju tak muat neh (~_~) nanges tak berlagu nanti (T_T)

Pantang ada ruang dan luang huhu~~~

Ini je aku makan, menghayati pemandangan sementara menunggu jejaka jejaka menghabiskan sisa-sisa makanan mereka

Jejaka-jejaka sedang makan uupppss semua dah taken dah nak3 yang paling hujung tu huhuhu~~~ nanti nak bagi anak cucu korang tengok gambar korang ni hehehe~~~

En.MZ dan minatnya lepas ni dalam rumah aku akan penuh benda alah ni jangan tanya lah kenapa yer (^_^)v)

Yang ni lagi satu gambar yang aku nak tunjuk kat anak cucu korang hehehe (^_^)v)

**Serius rasa happy tengok persahabatan korang bertiga ni sama2 membesar, sama2 berjaya, sama2 happy, sama2 sedey... Harap sangat jangan ada suatu hari nanti ada perkara yang memecahkan korang bertiga... Hope kekal happy hingga ke Akhirnya InsyaAllah~~~

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com