Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 12 January 2015

Geng Wayang : Taken 3

Taken 3
Fuh fuh fuh tiup habuk jap, dah bersawang entri wayang aku nih nampak sangat dah lame bebenau tak update pasal movie2 terbaru kan.... nak hapdate macam mana, tengok wayang pun tak huhu.... Ni lah movie pertama tuk tahun baru nih, movie pembukaan katenyer gigil kaki jap sebab lama nau tak jejakkan kaki dalam wayang, naseb tak sediakan reben perasmiaan je hehehehe (^_^)v)


Geng Wayang kembali!!!!!
Aku je yang baru kembali join geng wayang ni, diaorang tak macam aku, diaorang bertiga pergi je tengok cite2 baru tanpa aku (T____T) Yela sapa lah aku nih, admin geng wayang sendiri kena singkir ni lah dinamakan pengulingan kuasa..... tak patut hukhukhuk~~

Oleh disebabkan admin dah turun takhta jadi ahli biasa so aku mampu diamkan diri je bila diaorang buat keputusan nak tengok Taken 3... Aku sebenarnya tak tengok Taken 1 dan Taken 2 ada je dalam lappy tapi masa tuk tengok mengadap lappy tu takde...... Tengok Taken 2 itu pun tengok ada skip2 so tak faham sangat.... Diaorang ni tak layan sangat cite2 melayu ni lau diaorang layan dah lama aku ajak tengok Terbaik dari Langit tu ada Bront Palarae... behhhhh..... memang tak lah diaorang nak tengok cite melayu tu.....

Aktiviti sebelum masuk wayang hehe

 
Memasing nak tunjuk tangan yang penuh dengan kudap kudapan tapi dah nampak tangan aku paling 'ayu' di situ jangan jeles korang takde apa yang aku ada lalalalalala (^_^)V)

 
Cite banyak tak yah la, jom kita tengok Taken 3 yang dikatakan pengakhiran dah takde sambungan dah lepas nih.... Kalau ada lagi lepas ni siap lah korang!!!!

Taken 3 merupakan sequel dari Taken 2
Semuanya bermula ketika Bryan dijebak dalam pembunuhan terhadap bekas isterinya, Lenore. Hidupnya yang sudah tenang dan nyaman, sekarang menjadi hancur kembali akibat tuduhan tersebut. Bryan yang dulunya telah mengabdi dengan penuh kesetiaan kepada negaranya sebagai seorang agen CIA, sekarang malah dikejar-kejar oleh bekas anggotanya. Bahkan, tidak hanya CIA, tetapi FBI dan polis juga turut memburunya. 

Bryan memiliki keahlian dan kemampuan untuk menyelesaikan masalah tersebut, menegakkan keadilan, dan melindungi satu-satunya hal terpenting dalam hidupnya iaitu anaknya, Kim Mills. Bryan segera mengungkap identiti pembunuh yang sebenarnya, sekaligus terus menghindari dari penegak hukum yang dipimpin oleh seorang inspektor polis yang cerdas, Franck Dotzler.

** tahun 2015 tahun dimana geng wayang takkan berehat panjang sebab terlalu banyak cita-cita best dan mantap yang bakal keluar... tunggu dan lihat je lah nanti... Save the date Save the money huhu (^_^)v)

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com