Apa yang istimewanyer hari ni berbanding hari2 lain??
Apa yang istimewanya dengan 12 RabiulAwal dari bulan2 lain??
Istimewanya adalah hari ni merupakan hari kelahiran junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. yang jatuh pada hari ke-12 bulan RabiulAwal. Tahun ni 12 RabiulAwal kena pada hari Selasa 14 January 2014....
Syukur Alhamdulillah kita masih bernafas~~~
Mari lah kita bersama-sama berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W
Teringat masa kat sekolah dulu, time Maulidur Rasul je mesti ada perarakan antara darjah @ tingkatan.... Pakai baju kurung dan tudung cantik2 berarak keliling kampung sambil berselawat.... Meriah sangat (^^,)
Sekarang ni aku rindu sangat saat2 macam tu, sekarang bile dah bekerja susah dah nak rase suasana macam tu..... Masa lampau tak boleh diputarkan kembali, masa depan yang menanti harus ditempuhi..... (^^,)
Salam 12 RabiulAwal 1435H
Salam Maulidur Rasul





No comments:
Post a Comment