Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 12 January 2014

~ Projek memikat Suami ~


Review novel~~~

Aduh, dah lama benor rasenyer tak review pasal novel yang aku baca...... Bukan sebab taknak berkongsi cerita tapi aku sendiri pun dah lama tak mulakan aktiviti aku dengan membaca novel..... Sampaikan novel2 yang kat rak pun dah berhabuk,berkepuk sebab dibiarkan terlalu lama hukhukhuk~~~ Baru seminggu dua ni aku mulakan aktiviti yang dah lama aku tinggalkan tu... hehehe~~~

Korang pernah baca novel ni tak???


Novel ni dah lama dah kat pasaran, kat kedai2 buku berlambak sebabnyer dah lama aku tengok novel ni ade kat Popular, cume aku je tak tergerak nak beli... Tapiiiiii bila novel ni keluar je kat drama, mulalah meroyan nak cari novel ni dan nak baca... Nampak tak permainannyer kat situ??? hehehe

Jom kita baca sedikit sinopsis novel ni dari kulit novel~~

NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.
“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna
“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

Bagi aku, serius cerita ni best gileerrrrr baik dari novel mahupun drama.....
Dua2 best (v(^_^)v)
Dalam novel, aku tak leh berhenti baca sampaikan aku leh abiskan baca dalam 1 hari jer.....
Kalau dalam drama lak, aku tak sabar nak tunggu episod seterusnyer.....
Emma Maembong & Aiman Hakim Ridza  Thumb up!!!!


Heroin & Hero Projek Memikat Suami (^_^)

Cerita ni ditayangkan kat Astro Maya HD setiap Isnin jam 10.00malam......
Aaaaaaaaa~~~~~~ tak sabar nak tunggu cite ni esok........

Next projek~~~~
Menghabiskan novel yang kat belakang tuh, The Wedding Breaker~~
Novel melayu, tajuk ke omputih =P

Drama Adaptasi The Wedding Breaker pun dah ada kat Tv sekarang.....
Tv 3 setiap Isnin hingga Khamis jam 7.00malam......
Oh Tengku Adam Kamil........Tp ada ke lelaki yang perfect macam tu??? (~_~)
Fantasi............ooooohhh fantas~~~

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com