Hooolllaaa~~~
Cuti panjang yang lepas, aku amik kesempatan tuk 'terperuk' kat dalam rumah jer.... Berkepit dengan my mun 24jam 7hari seminggu, sampaikan mak jadi rimas......huhu~~ Biarlah mak, balik Nilai dah takleh manje2 macam tu lagi.... hikhikhik~~~
Tapi disebabkan mak mula rasa rimas, aku pun call la kengkawan ajak kuar memandangkan aku dah 5 hari peramkan diri dalam kepompong (rumah) tiba masa jadi rama-rama lak tuk keluar dari kepompong huhu~~~ Sapa lagi yang terlintas kat fikiran aku tak lain tak bukan kawan baik aku sorang nih lah, Wahidah.... Dia je yang aku ingat sentiasa ada kat kampung dan mesti ada masa free tuk diajak kuar..huhu~~~
Dah lama tak jumpa dia, last jumpa masa kenduri kahwen Nisa... Itu pun sekejap je, tak sempat nak borak panjang..... Dah ada cuti panjang ni rasa rugi lak tak jumpa kengkawan.... Bila dah call dan deal masa tuk kuar, aku pun bersiap bagai lah...huhuhu~~~
Dah siap!!! Jom jadi rama-rama, keluar!!!!
![]() |
| Kami (^^,) Shopping, makan dan karaoke..... |
Kiteorang takde ke mana pun sebenarnya..... Kiteorang gi shopping baju, kemudian makan PIZZA (Wahidah belanja huhuhu~~~) dan ber'karaoke' hehe..... Walaupun pun kuar takde aktiviti yang menarik tapi kiteorang seronok spend time bersama.... Dapat berborak, berbual tentang isu semasa, bergosip hehe, dan berbincang tentang permasalahan hidup.... Macam2 kiteorang borakkan, sampaikan tak sedar dah kul 12 pagi baru teringat nak balik rumah.... Itu pun terdengar pasaraya umumkan nak tutup pintu.... Punya la tak sedar hahahaha (^^,)
![]() |
| Nyum nyum nyum..... Ha,ni la Cik Wahidah belanja hehe..... |
Kepada kawan baikku : Dengar saja cerita dari mu sungguh aku tak sangka apa yang terjadi, dan aku harap kau tabah menghadapinye... Ini semua ketentuan Nya, mungkin percaturan Nya lebih baik untuk kita selepas ini.... Dan aku nak kau tahu, aku senantisa disisi mu tuk dengar segala masalah, keluh resah dan tangisan mu... InsyaAllah......





No comments:
Post a Comment