Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 9 December 2013

Ustaz, Mu tunggu aku datang!

Terase terlalu lama tak tengok wayang ni, memandangkan tak de cerita yang best yang boleh ditengok ^^,

Kali ni terasa nak tengok cerita melayu lak, mungkin dah jemu nengok adegan kiss2 cite omputih kot hihi~~Untuk cita melayu ni mesti la kena ajak yang minat cerita2 melayu.... Aku ajak Cik Wanie &  sorang lagi kawan opis...... Ku sangkakan 2 rupanya bertiga, nasib baik tak empat hahaha~~~

Tengok banner ni pun aku dah rase nak gelak ^_^ teringat2 signboard 1 Marhalah tuh... hehe~~ Ha,ko tnyer ko tnyee!!!!

Tiket dah di beli...Jom kite tengok wayang!!!!

Sebelum kita masuk tonton, jom baca sikit sinopsis die.......

Mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol Shiro) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang kerja dan tidak pernah serius dalam hidup.Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut bergantung hidup kepadanya. Apatah lagi pegangan agama mereka berdua, memang terpesong dan tidak pernah solat. Bagaikan satu sinar, sepupu Dadu iaitu Hamzah datang bermalam di rumah sewa mereka dan kedua - dua sahabat itu terpukul dengan perubahan baru Hamzah. Dia semakin mendalami agama dan bercerita mengenai aktivitinya sering mendengar ceramah ustaz di masjid kepada mereka. Insiden itu terus membuka mata Dadu dan Muiz lantas sepakat untuk kembali ke pangkuan agama. Bagaimanapun, tidak semudah itu apabila dalam perjalanan mendengar ceramah di masjid, mereka diduga dengan pelbagai masalah.

Tu je la sedikit sebanyak sinopsis cite ni, kalau nak lebey2 kena la gi tengok sendiri cerita ni.... Nampak sangat aku malas nak bercerita kan =P hehe~~

Bersama Cik Wanie ^^,

Ni lah orang yang ketige tuh, bersama Cik Wanie & En.Mozu (bukan nama sebenar LOL) Alamak blur lak gambo nih, tapi letak jugak sebab gambo nih  je aku ade time tuh...huhu~~

Selesai je tengok wayang, kiteorang menyinggah makan kat foodcourt Alamanda.... Mana lagi kiteorang akan singgah kalau tak lain tak bukan, Penang stall..... Order Asamm Laksa yang favorite tuh hihi =P 

Yang ni lah Asamm Laksa favorite tu... Alamak tengah2 post pic Asamm laksa nih, tetibe terliur lak tgk gambo ni... Ade yg gi mkn petang nih...hahaha ^^,

Yang ni menu En.Mozu, makan yang ringan2 tak lapo katenyerrr~~~ Diet lew tew =P
 
Ustaz, Mu tunggu aku datang!, Dari kaca mata ku ^^,

Cerita dia menarik, penuh dengan pengajaran dan iktibar, kelakar dan watak yang dimainkan kena betul dengan pelakonnye.... Rasenyer cerita ni banyak adegan spontan la... hahahaha ^^,

Cerita ni permulaan bagi Genre Islamik Comedy, lepas ni ramai la pulak nak wat Genre macam ni... Pastu tak menjadi macam awal2 semakin mengarut dan pelik2... Kita tunggu dan lihat je lah (~_~)

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com