Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 9 December 2013

~ Perkahwinan Nisa ~

Ceritera pasal majlis perkahwinan lagi.... yang tak habis2 yang tak sudah2.... (~_~)

Tapi aku rase ini last kot cerita pasal kenduri kahwen kawan aku untuk tahun nih, hopefully tahun depan bukak cerita kawen lagi...hehe..... Memandangkan beberapa hari je lagi nak penghujung tahun 2013.... hehe (^_^)v)

Kali ni majlis perkahwinan kawan sekolej aku time belajar dulu..... Ups, lupe eh nak cite maybee terlepas pandang aku dulu study Dip. kat PTPL (Pusat Teknologi Pengurusan Lanjutan) Kalau sebut nama PTPL orang tak bape kanal kot, tapi kalau sebut MSU (Management Science University) mesti ramai yang tahu.... hehe (^_^)v)

Pengantin perempuan ni la kawan sekolej aku, bukan setakat sekolej tapi se'dorm', sebilik, sekelas, malah se'pointer' erkkkkk (~_~) Dia ni selalu je jadi musuh berebut pointer dengan aku, mesti nak duk paling atas dari aku...huh!! Tapi takpe, kiteorang gaduh time nak exam jer...... Luar dari exam kiteorang sahabat, makan sepinggan, minum secawan, tido sebantal, mandi seshower..... hahahaha~~~

Aku sampai rumah pengantin ngam2 dengan Pengantin lelaki yang baru tiba... Maknanya, majlis belum mula lagi fuh aku tak lewat lagi hihi...... Majlis bermula dengan majlis pertunangan dulu, wakil dari pihak lelaki menyarung cincin ke jari Nisa... Oh, lupe lagi nama kawan aku ni Nisa....(^_^)v)

  

 Selepas dah sarung cincin selamat dah sudah Nisa jadi tunang orang..... (^_^) Majlis diteruskan dengan acara Akad Nikah, tak berapa minit memegang status 'tunangan orang' Nisa telah selamat diijab kabul kan dengan pilhan hatinyer..... Tahniah2!!! ^^,

Penyerahan mas kawen~~~

Sarung cincin.......

Dah kena salam cium tangan.... Takleh melawan dah lepas nih =P

Erkkk....No komen, biar gambar yang berbicara ^^,

Selesai je majlis akad nikah tu, pengantin pun balik la ke rumah nak bersiap-siap tuk majlis bersanding lak pada sebelah petang...... Tapi akui memang aku jadi penyibuk time tu, tak semena2 jagi mak andar extravagansa la tetibe...hehe.... Ada aku aku nak betulkan, nak cuit, comment itu dan ini, sikit2 amik gambar.... Naseb baik mak andam yang sebenar yang hempuk aku dengan berus....huhu~~~ ^^,

Pelamin singgah sana~~

Sekitar rumah pengantin~~

Pengantin lelaki agak lewat sampai untuk Majlis bersanding disebabkan ada hal2 yang berlaku, tapi majlis tetap berjalan seperti yang dirancangkan..... Tapi disebabkan itu jugak la, pengapit yang sedia ada dilantik menjadi pengapit Nisa masa tu terpaksa balik sebab mereka terlalu lama menunggu.... Nampak pengapit pun dah nak balik, aku je tak reti2 nak balik...huhu~~~ Dan tak semena-mena2 timbul idea yang tak munasabah munasarawak Nisa sambil memandang aku dengan muka innocent kucing Shrek mintak aku jadi pengapit die... HAH!!!!??? WHAT!!!!???? Aku tak pernah jadi pengapit pengantin lah!!!!! Memandangkan ketinggian aku tak de pengantin yang setaraf dengan aku a.k.a RENDAH.... Huh!!!

Seperti dalam gambar tu..... Itu la realitinyer, senyuman yang dibuat-buat (~_~)
Dalam pada tak nak tu, aku ter'jadi' jugak pengapit Nisa.... Pengapit bidan terjun namanya, haishhh~~~ Aku memang paling tak suka jadi pengapit2 nih.... Kawan2 aku yang baru datang tu, duk gelak sakan kat aku.... Kuang ajo korang.... Siap korang!!!! 

Bile pikir2 balik, takpe lah.... Sekali seumur hidup je kot berkorban sikit untuk kawan aku nih.... Tapi kalau ade yang kali kedua, jangan harap!!! =P

Ok, kat bawah ni gambo sekitar Majlis Perkahwinan Nisa~~~

Kek Perantin, Alhamdulillah dapat merasa kek Perantin =P

Gambar poyo2 bersama pengantin~~ Teman sekolej,sekelas dan sebilik Miss u'oolssss  (^^,)
Bersama kawan2 yang hadir...... Sweet memories (^_^)
Inai ditangan, cincin cincin cincin dijari..... ^^,

Nisa dari kaca screen My GT aku...... Credit pic dr Cik Gayah =P

Door gift.... Yeeeaaa aku dapat bunge telor 2.... Pengapit lah katekan =P
  
Notacutemiut : Kepada sahabatku Nisa, Selamat pengantin baru aku ucapkan, semoga berbahagia sampai ke akhir hayat hendaknya..... Dugaan dan cabaran harus ditempuh dengan tenang selepas ni... Dan aku nak pesan kat kau tolong sopan2 sikit lepas ni tak mo ganaszzz2 nau sebab kau dah pegang status bini orang tau.....hehe~~~ Hepi ending till Jannah (^^,) Smile pengganti rindu~~~~

Sayang ko...... ^^,

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com