Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 16 December 2013

Melawat Melaka Bandaraya BerSejarah ^^,

Nampak macam buat kerja giler, yelah takde orang yang gi melawat kampung halaman sendiri..... Kadang2 balik kampung aku terus terperap je kat rumah... Kalau keluar pun pegi beli barang dapur kat Market, keluar tengok wayang dengan kengkawan, gi melepak rumah kengkawan lama tak pun gi kenduri kawen kawan..... Tu je lah yang aku akan buat sekitar cuti hujung minggu.... Tak de pulak aku gi merayap sekitar kampung morten sesaje, jejalan kat kota A'Famosa ataupun gi Banda Hilir..... 

Bukan pe, aku malas nak bersesak kat area2 situ, biase nyer kat situ menjadi tempat tumpuan pelancong... Biarlah pelancong je yang ade kat situ..... Yang dah ade kampung tu tak yah la nak menyibuk, makin sesak lak jadinyer (~_~)


Tapi kadang2 aku jadi buntu bila ada orang tanya "kat Melaka makanan apa yang sedap??" "Restoran mana yang menarik??" Yelah, aku balik kampung mana ada masa nak makan2 kat kedai nih.... Dah sure la aku makan yang mak aku masak... Yelah, duduk jauh dengan mak dah hari2 makan kat kedai... Tak kan balik kampung pun nak makan kat kedai jugak... Aje giler orang Melaka kate....hahaha~~~ Kadang2 orang luar lagi tahu kat mana tempat makan yang best2, harapkan aku... hurmmm jawapan aku NTAH LAH ..... hahahahaha~~~ (^_^)v)

Ok, berbalik pada cite yang asal...... Ari Ahad yang lepas mak & the geng (jiran2 rumah) ngajok aku dan akak aku jejalan Melaka... Tapi dalam kepala otak aku ni nak pegi Pikom PC fair yang bt kt MiTC tuh.... Bila aku bagitahu dieorang, tetibe dieorang setuju nak follow, ni kes kebosanan duduk kat rumah lah ni... huhuhu~~~ Kiteorang pun pergi la ke Pikom PC fair tu dulu.... Ok, aku takde amik2 gambo pun kat situ sebab terlalu ramai orang dan sesak le (~_~) Setelah selesai beli seekor 'mouse' aku pun grk ke destinasi yang mula2 dirancang tadi....Calo!!!!

Coconut shake Bukit Katil ^^,

First, tempat yang dituju adalah kedai makan....huhuhu~~~ Tapi kiteorang takde la gi makan2 kedai makanan berat, kiteorang makan yang ringan2 jer... Yang famous amos kat Melaka ni adalah Coconut Shake... Air kelapa yang diblande dgn ais dan ice cream vanilla... Ermm~~ Sedap..... Kiteorang minum kat Coconut Shake Bukit Katil... Boleh tahan la coconut shake die, tapi yang kat Alai lagi menangkap...huhu~~

Bot river cruise (^_^)
Kiteorang kat bawah Jambatan Hang Tuah~~~


Lepas makan, kiteorang jejalan sekitar sungai Melaka.... Ala, yang ade bot river cruise tuh.... Best jugak kat situ, ade pokok2, orang nyanyi2 dan bot lalu lalang... Kalau nak tengok bot tanpa menaikinyer boleh la gi kat situ.... 5,6 kali bot lalu lalang, boleh lambai2 mat2 saleh yang naik bot tuh....... huhu~~~

Tahu tak pokok apekah ini??

Itu lah pokok Melaka... Melaka diambil nama sempena nama pokok nih lah...
Aku pun baru tahu rupe pokok Melaka. (~_~)

Sekitar sungai Melaka

Same jugak...Sekitar sungai Melaka

Lepas itu, dalam perjalanan nak balik kiteorang singgah kat Kampung Morten.... Mesti korang tahu kan, glamer kampung nih..... Ade rumah tradisional Melaka kat dalam tuh.... Cantik2 dan menarik.... Korang leh round2 dengan kereta, duk je dalam keta dan pusing2 tengok rumah2 Melaka kat dalam kampung Morten tu....

Selamat datang ke kampung Morten

Dalam banyak2 rumah, mak aku berkenan dengan rumah ni.... Terus die singgah dan mintak izin nak bergambar..... Tapi memang menarik pun rumah die ni ^^,

Rumah Melaka mini (^_^)v)

Ha, mak aku.....bukan main sakan main Tab kat tangga rumah Melaka...
Dah mak, jom kite balik....dah nak maghrib nih (^^,)

Nanti kite round2 sekitar Melaka lagi eh.... Kite naik Menara Taming Sari lak...hehe (^_^)v)

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com