Setelah lama 'bercutiiiii' cewah cite World War Z jadi pilihan tuk tengok...... Puas jugak nak cari masa senggang tuk tengok.... Tapi oleh disebabkan taknak jadi macam sebelum2 ni aku gi jugak tengok hari Ahad yang lepas.... Rase sakit lak hati ni bile kengkawan dan orang tu asyik bercakap-cakap pasal cite ni... Cakap best la,kagum terkagum la, mantap la.... Isyk tak puas hati tak puas hati......
Ok, lupakan kesakitan hati tu..... Yang penting aku dah gi tengok cerita ni dengan En.MZ, yer berdua je.... Berdua lebih baik.... Sebab geng wayang aku masih teruskan percutian mereka... Ok, teruskan percutian korang tu yer.....Nanti agak2 dah abis bercuti tu bagitahu la aku yer....hurmmmm~~~
Aku tak reti la nak cerita/review ni macam mana, sebab agak pening cerita ni... Ups, bukan cerita ni yang pening tapi aku... Mula cerita dah start dengan kelam kabut, angle camera yang berterabur, bergoyang-goyang sebab menggambarkan keadaan yang kelam kabut...... Bayangkan la bila kita tengok cerita/video dengan keadaan video tu bergoyang-goyang tak pening lak kepala tu....Tambah la screen kedabak tu, nasib baik tak termuntah dekat orang sebelah... Ups.... (^^,)v) mantain mantain~~~
Cerita ni mengisahkan tentang sekumpulan spesis manusia yang dijangkiti wabak itu menyerang bandar
Philadelphia buat pertama kali. Dalam suasana kelam kabut, Gerry mencari jalan penyelesaian untuk
membawa keluarganya ke tempat selamat yang jauh daripada ancaman itu.Gerry akhirnya dibantu oleh kenalannya di PBB dan menemui tempat berteduh di tengah-tengah laut dalam sebuah kapal penyelamat.
Malangnya, Gerry dan keluarganya tidak ditempatkan di dalam kapal itu
secara percuma. Dia diarahkan untuk menyertai misi menyelamat atau
lebih tepat lagi mencari penawar kepada wabak itu. Gerry mengembara dari New Jersey ke
Korea Selatan, Israel dan Wales semata-mata untuk mencari punca dan
penyelesaian kepada wabak yang mengubah manusia menjadi makhluk ganas.
Sepanjang pengembaraan, Gerry berdepan dengan pelbagai masalah dan
ancaman serangan yang lebih teruk. Lebih malang lagi, satu-satunya
doktor yang mampu mencari penawar wabak itu terbunuh di dalam salah satu
serangan. Konflik berterusan apabila isteri dan anak-anak Gerry dipindahkan ke
sebuah kem pelarian yang lain kerana pihak kerajaan menganggap Gerry
telah mati apabila mereka tidak mendengar khabar berita darinya selepas
beberapa hari. Akhirnya, Gerry menemui jalan penyelesaian wabak tu di satu tempat terpencil.
Pelbagai kejadian yang berlaku di tempat tu. Ending cerita hero selamat dengan tiada cacat cela or kecederaan yang parah walaupun dah kena gigit dengan zombie, kejadian tembak menembak, jatuh kapal terbang..... Tapi hero ok....hahahahaha~~~ Tapi cerita ni ending die tergantung, walaupun dia jumpa jalan penyelesaian tapi wabak/virus yang menjangkiti manusia tu masih belum diketahui puncanya.... Aik, macam ada yang kedua je ni.... Jeng jeng jeng~~~~
Psst : Bagi yang suka cerita-cerita yang berunsurkan keganasan zombie ni leh la gi tengok cerita ni... Zombie dalam cite ni buruk giler, tapi kelakar.... hahahahaha~~~ Selamat menonton (^^,)





No comments:
Post a Comment