Sudah menjadi majlis tahunan bagi tempat kerja aku dengan mengadakan Minggu Kualiti & Inovasi bagi menghargai usaha keras staf-staf.... Seperti tahun-tahun lepas jugak aku tak terkecuali datang untuk memeriahkan majlis tersebut...
Datang memeriahkan dan meraikan yang dirai, bila tahun diri sendiri untuk dapat tu tak tahu la, harap la maklum... hahahahaha~~~
Cuma tahun ni aku tak ikuti sangat, sebab banyak sangat kerja2 tak settle... Dieorang buat aerobik aku tak pegi, taklimat pun aku tak gi dengar, wat latihan kebakaran pun aku tak pegi tengok tapi majlis penutup aku dapat pegi sebab ada makan-makan pree kat hotel....
Ha nampak tak, kat mana ada makan-makan pree kat situ la aku ada...... hihihi~~~
Tahun ni ada sikit kelainan sebab Majlis
Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi - AKI diadakan di Hotel Sama-Sama KLIA, huyoooo kat hotel tuh.... Kalau tak tahun-tahun sebelum ni buat kat Dewan Kuliah je tahun ni hebat sikit la, budget lebey... huhuhuhu~~~ Aku dikategorikan dalam golongan yang bertuah sebab dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut, kalau diikutkan orang yang terima anugerah je yang boleh pergi.... Tapi oleh sebab Fakulti aku menang Anugerah Naib Canselor, so staf dijemput hadir.... Bertuah kan?? kikikikiki~~~~
 |
| Kami dah sampai....Get ready~~~ |
 |
| Kami la tu..... Ok,abaikan si muka besar tu... Duk depan camera sgt (^^,) |
Aku dan kengkawan pergi ke Majlis tersebut ada 3 tujuan, huyooo banyak maklamat aku tu... Yang pertama, datang atas undangan fakulti/penganjur kedua datang untuk memeraikan 2 orang kawan opis aku yang dapat anugerah dan yang paling penting antara paling penting adalah MAKAN.... hahahaha~~~ Wajib maklamat makan tu, tak leh tinggal......hihihi....
Ada orang pertikaikan kenapa mesti anugerah diberi mengikut ikut sistem giliran, tapi bagi aku tak kesah la giliran atau tak giliran... Tapi kalau dah sampai giliran dia untuk dapat anugerah tapi die tak bape nak perform tahun tu...die tetap tak dapat jugak... So,giliran pun masih lagi mengira percapaian seseorang staf dalam tahun tu.... Jadi, wat pe nak pertikaikan lagi.... Kalau tak buat giliran kalau la dalam satu organisasi ada 4 staf je pastu ade sorang je yang perform, baik, datang kerja awal, balik lambat, keluar/balik rehat on time, kadang-kadang tak rehat langsung dan kerja diberi siap tak over due... Tak kan la tiap2 tahun muka yang sama naik pentas... Ha time tu, ada la suara2 sumbang tak puas hati.... Bagi aku bekerja la dengan ikhlas sebab balasan Allah tak siapa yang tahu kan........
Ok cakap orang, diri sendiri tah bile nak mula wat kerja... Lalalalalala~~~~
Sekitar Majlis
Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi - AKI berlangsung.....
 |
| Kami lagiiii....... (^_^)v) |
 |
| Gelagat orang terima anugerah dan orang yang tak dapat anugerah....hahahaha~~~~ |
 |
| Fakulti kami dapat Anugerah Naib Canselor.. Tahniah utk kami!! |
 |
| Gelagat orang yang tak terima anugerah di meja makan....hihihi |
 |
| Menu kami...... |
 |
| Menu aku... Ups~~~ |
 |
| Bergambar bersama penerima anugerah..... Dapat bergambar pun jadi la, amik berkat..... |
 |
| Bersama dekan Fakulti kami..... |
Psst : Tahniah buat penerima anugerah hope tahun depan melekat lak tuah korang tu kat aku..... Dapat aku naik pentas, lau aku dapat tahun depan aku taknak wat kat hotel tu lagi tau, wat kat lain la pulak wah demanddddd~~~ Ok, bagi yang tak dapat tu jangan bermurah durja.... Mungkin rezeki korang akan datang tak sapa tahu kennn, ayat sedapkan hati sendiri.....lalalalala~~~~
comelnya kaktun :)
ReplyDeletecomey......... (^^,)
ReplyDelete