Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 19 July 2013

Dugaan kecil ~~~ (T_T)

 #10 Ramadhan 1434H#

Di malam yang sunyi,sepi dan tenang ni aku rasa terlalu kerdil disisiNya.....
Terasa sebak di dalam hati ini bile tertiba diri ini diuji....
Mungkin aku selalu lupakanNya dan ingat pabila ditimpa masalah sahaja....
Dan sebab itu lah Dia turunkan dugaan yang terlalu kecil bagi diri ini supaya aku kembali mengingatiNya.... Allahuakbar~~~

Apa yang aku telah pelajari daripada dugaan kecil ini adalah.........

Allah tidak akan menurunkan ujianNya kepada hambaNya yang tidak mampu untuk menanggung ujian tersebut.... Allah Maha Mengetahui kemampuan hambaNya sebab tu DIA turunkan ujian....

Allah turunkan ujian kerana DIA sayangkan kita..... Ujian itu membuktikan bahawa DIA sayangkan kita dan tak pernah melupakan kita... Itu cara DIA agar kita sedar tentang kewujudan-NYA....

Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita......

" Ya Allah, aku terima ujianMu ini dengan penuh keredhaan..... Bersabarlah wahai diriku dengan dugaan yang sekecil ini, di luar sana ramai lagi yang menerima dugaan yang lebih dari ini.... InsyaAllah, aku akan hadapi dengan rela dan redha....."

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com