Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 31 December 2012

Undangan Perkahwinan lagi....lagi..... dan lagi.....

Bulan Disember hampir berakhir, lagi berlambak-lambak la undangan perkahwinan.... Yela, nak kejarkan tarikh cantik la katekan lagisatu ditambah pulak dengan cuti sekolah... Angka paling cantik 'repeat date' 12/12/12.... Ade jugak pilih 20/12/2012 dan 21/12/2012... Ada angka 1,2,1,2 terus dicopkan tarikh cantik... *or senang untuk ingat....huhuhuhuhu~~~

Kali ni undangan perkahwinan dari sepupuku sendiri pulak..... Nak gi ke tak gi, nak gi ke tak nak, kalau tak gi kang, nanti kata kenduri kengkawan boleh pergi kenduri sepupu sendiri elak-elak... Dah la esok nak kahwin hari ni baru nak berjemput, nasib baik la kebetulan aku kat kampung kalau kat tempat kerja takde la aku datang.... *sepupu tak sepupu sapa suruh wat kerja last minit...huh*

Dia pun tergolong jugak dalam ramai-ramai pasangan pengantin yang pilih tarikh cantik.... Dia pilih tarikh nikah 21/12/2012 hari Jumaat, resepsi rumah perempuan 22/12/2012 dan resepsi sebelah lelaki 23/12/2012... Oleh disebabkan, sepupu aku tu lelaki so aku pergi time bersanding rumah lelaki je la.... Kat tempat aku kena buat kenduri kedua-dua belah pihak walaupun duduk 1 negeri 1 kampung, lau tak buat nanti ade la yang cakap-cakap belakang..... So, bile buat kenduri sebelah perempuan ke sebelah lelaki ke kena la meriah.. Tak boleh la wat sebelah perempuan meriah then wat sebelah lelaki ala kadar je takde sanding or kompang..... Tak ikut adat katernyer.......

Ketibaan pengantin'g'.....
Pengantin'g'  kena duduk kat luar, saja dera pengantin'g' berjemur tengah panas...huhuhuhu~~
"Oh, leganye dapat duduk atas pelamin...." kata si pengantin...
Ibuku sedang berpesan kepada pengantin lelaki... Apa yang dipesan, ntah la... huhuhuhu~~~
Makan beradap... Pehh, cover kotttt ~~~
Apa-apa pun selamat dah sepupu aku ni... Walaupun umur kau lebih muda dari aku tapi kau yang kawen dulu, jodoh la katekan.... So, aku ucapkan Selamat Pengantin baru buat sepupuku dan isteri... Semoga hubungan yang dibina berkekalan hingga akhir hayat... Dan aku nak ingatkan yang 'pengalaman lalu jadikan pengajaran.....' ^_^ Happy wedding ~~~

Kek Pengantin'g' yang dah dingap....
Pelamin yang simple but nice....
Pelamin yang simple but nice...dari sisi tepi....
Kamar Pengantin'g' .... hehehe~~
Psst : Bagi aku, ni lah undangan perkahwinan penutup untuk tahun 2012 ni,  takde lagi kenduri kahwin kengkawan or sepupu yang dijemput... Kecuali Apek dan Leuniey la yang kawen 28/12/2012 ari tu, tp dorang takde jemput aku pun... Yela sape la kite ni.... hahahahahha ~~ Touching la pulak *_*

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com