Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 2 December 2012

Undangan Perkahwinan...... Lagi.....

Welcome to Kelantan ~~~
Alhamdulillah aku selamat tiba di bumi Kelantan Darul Naim tepat jam 11.20pagi, perjalanan dari LCCT ke Kelantan dicampur dengan delay yang disebabkan kesesakan kapal terbang untuk berlepas tak sampai pun 1jam...(kapal terbang pun ade jem lalu lintas jugak kan...huhuhuhu).... Mengambil masa kire2 tambah tolak 40 minit je.... Kalau duduk diatas lagi la tak rase apa-apa,tau2 pilot bagitahu dah nak mendarat je...

Memang tujuan sebenar aku ke Kelantan adalah untuk memenuhi undangan perkahwinan kawan En. MZ yang kebetulan kedua-dua pasangan tu berasal daripada sini.... Tibe je di lapangan terbang Sultan Ismail Petra kami menunggu kawan-kawan En.MZ yang sampai dahulu pagi tadi untuk datang amik kiteorang.... Perjalanan ke rumah pengantin makan masa 1 jam jugak, menyebabkan aku jadi tak sihat badan.... Mungkin first time naik kapal terbang, masih belum biase dengan keadaan berada di atas awan....

Sampai di rumah pengantin, telah selesai majlis berarak menyebabkan kami tak sempat nak tengok pengantin berarak.... Mungkin kat Kelantan majlis dibuat lebih awal berbanding di tempat-tempat lain, lagisatu yang agak menarik perhatian aku di majlis tersebut adalah tempat makan tetamu di asingkan antara lelaki dan perempuan.... Lelaki makan tempat lain dan perempuan di tempat lain, kalau datang suami isteri pun kena makan asing-asing.... Aku yang tidak sihat badan tak jamah pun juadah yang ada selain kuih, aku cume makan kuih je itu pun nak terkeluar balik... Nasib baik En. MZ makan kat tempat lain so, die tak tahu yang aku tak makan pun.... Kalau die tahu sure die membebel tak tentu pasal... hisykkkk ~~~

Bile selesai makan, macam biase la acara bergambar dengan kengkawan... Aku yang masih lagi pening-pening lalat, ditambah cuaca yang sangat panas..... Aku tak dapat nak bergambar dengan pengantin.... Takut nanti muke aku yang tak seberape sihat ni akan mencacatkan gambar tu.... hukhukhukhuk ~~~
En. MZ dan kengkawan bergambar dengan pengantin baru~~

Balik dari rumah pengantin kiteorang pun check in kat hotel dekat-dekat Wakaf Che Yeh... Aku memang tak sabar nak check in sebenarnyer, nak baring luluskan kaki... Aku rase aku kena baring jugak ni, sebelum aku memengsankan diri..... huhuhuhuhu ~~~
Ni la hotel yang kiteorang menginap.... Sri Seroja Inn, memang betul2 puas hati.. Sebab betul2 atas Wakaf Che Yeh... Nak bershopping, memang sesuai sangat.... hihihihihi ~~~

Ok la, ni dah nak pengsan pun....Aku kena tido dulu rehatkan mata.... Lagipun, jap lagi Wakaf Che Yeh dah nak start buke.... Nak jejalan kena la change bateri dulu... huhuhuhuhu ~~~

Ups, sebelum terlupe... Aku ingin mengucapkan Selamat pengantin baru buat kawan En.MZ, Adi dan Tiqah... Semoga hubungan korang bina ni diberkati oleh-Nya dan berkekalan sehingga akhir hayat... Aamiin ~~~
Hadiah dari aku dan En. MZ kepada pengantin baru ~~~

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com