Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 5 December 2012

Hati yang SENSITIF *~*

Entri ni khas buat pembaca-pembaca kaum Hawa......
Kerana kaum Hawa lebih sensitif.....

Di pagi yang tak kerja nak buat tetibe jari jemari rase gatal nak jejalan di alam maya menjelajah blog-blog orang... First klik kat blog yang di follow... Baca.... dan puas klik blog yang lain.... klik,baca,klik,baca begitu la seterusnya... Satu blog ke blog aku jelajah sampai la ke blog Jejari runcing .....

Aku baca kisah hidup dia tetibe hati kecil aku tersentuh selepas aku baca dari satu entri ke satu entri....(dari pagi sampaila ke petang aku duk baca entri kisah hidup dia, harap-harap dia tak marah la....) Dari mula perkenalannye hingga la perpisahan... Aku baca sehinggakan mengalirkan airmata.... Eh.... Kenapa dengan aku ni?? Baca blog orang pun sampai nak nangis-nangis..... Hati tengah sensitif la katekan..... Bile ade orang dibelakang aku turut baca sama kisah Elia ni... Pastu automatik keluar ayat "ah,biase la tu... orang dah berjaya mule la lupe...." Aku tergamam dan mule terpikir.... "Yeke, orang yang dah berjaya akan lupa sapa kat belakang die mase mula-mula dia nak bangkit dulu....."

Tapi apa-apa pun saya tabik spring kepada Elia kerana dia boleh bangkit daripada jatuh yang amat sakit dan perit.... Yang paling membanggakan saya dia tidak padam pun entri-entri sebelumnyer, dan masih mampu menulis blog walhal hanya tinggal kenangan semata-mata....

Bile bercerita dengan kaum Adam, dieorang boleh cakap macam ni "Apa nak sedih sangat kisah cinta orang, dah takde jodoh..... " Hurmmm...... Secara logiknyer memang dah takde jodoh, nak wat macam mana kan.....Tapi bagaimana nak menghadapinyer?? Bagaimana nak bangun semula selepas jatuh?? Bagaimana nak pulihkan hati selepas dikecewakan oleh orang yang kita sayang?? Bagaimana nak dapat tahu yang orang kita sayang tu telah berubah menjadi orang lain, orang yang kita dah tak kenal?? Kenapa selepas dia berjaya baru dia tinggalkan kita?? Kenapa tidak time susah dulu?? Benda-benda macam ni yang buat aku terpikir.... Sekarang ni mungkin bukan lagi masa aku untuk menghadapinyer, jadi aku tak boleh nak pikir cara dan jalan penyelesaiannya.... Kata orang jika kita berada di dalam situasi tu, nak atau taknak suka atau duka kita terpakse hadapinyer jugak.....

Apa yang boleh aku katakan.....
Serba tak kena dengan lelaki ni kan.....

Kalau terlalu kongkong @ caring sangat.......
' Rimas la......'

Kalau tak ambil peduli @ tak mengongkong........
'Main kayu tiga belakang kita..........'

Kalau terlalu menunjukkan rasa sayang @ manja........
'Rimas.... Dikatanyer kita gedik.........'

Kalau tak menunjukkan rasa sayang @ jarang bermanja........
'Dikatanyer tak sayang dia @ tak romantik @ Brutal..........'

Kalau kuat mengajuk..........
'Bosan...tak larat nak pujuk...Kata kite sensitif bebeno....'

Kalau tak pernah mengajuk........
'Dikatanyer takde perasaan...........'

Kalau terlalu cemburu..........
'Bosan......Dikatanyer tak percayakan dia.........'

Kalau tak pernah cemburu........tak ambil kisah......
'Dikatanyer kita tak sayang dan takde perasaan.......'

Kalau tak pernah @ tak ikut dia keluar dengan kengkawan dia.....
'Dikatakan tak sporting..... anti-sosial.....'

Kalau asyik mengikut dia jejalan dengan kengkawan......
'Dikatanye kita takde life sendiri......'

Habis tu macam mana, serba tak kena dengan kaum Adam ni...... Kita ni punyer la nak wat yang terbaik buat dia tapi balasannyer tak setimpal dengan kita bagi...... So, malas la nak cakap lagi cume aku ada pesanan buat kaum Adam.....

Ingatlah kamu kaum Adam, 'Disebalik kejayaan kamu ada seorang wanita, mungkin wanita tu bukan kekasih kamu tapi ibu kamu.... Ibu kamu jugak seorang wanita kan, takde ibu kamu tak lahir kamu ke dunia ini...... Sekali korang mengecewakan hati seorang wanita sama la seperti korang mengecewakan hati ibu kamu.... Kerana ibu kamu juga seorang wanita... Jadi janganlah lupa wanita yang berada dibelakang kamu sebelum kamu berjaya.... Jangan la jadi seperti kacang yang lupe pada kulitnyer....'

Psst : Sentiasa berdoa semoga aku berjumpa dengan lelaki yang betul dan benar untukku... Lelaki yang boleh mengimankan solatku... Lelaki yang memang tertulis untukku di Lauhul mahfudz.... InsyaAllah, dengan izinNya ~~~ 
Bukan kerana aku takut dikecewakan, takut menghadapi perpisahan... Tapi cume aku takut tak mampu untuk sayang 'suamiku' seperti aku sayang lelaki sebelum 'dia'.... Ya Allah, aku mohon semoga Kau bersamaku sentiasa, keranaku sentiasa memohon dan bergantung dengan pertolongan dariMu.... Aamiin ~~~

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com