Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 6 October 2013

KL GANGSTER 2

Langcai sudah mari maa~~

Waa dah lama rupenyer tak masuk wayang, review cite pun dh kurang.....

Tahun ni gempar cerita pasal KL Gangster 2 akan ditayangkan pada 3 Oct. Tapi dalam keseronokan menunggu cerita ni ada pulak berita yang tidak menyenangkan apabila cerita ni telah dibocorkan sebelum masa tayangan.... Ini yang tak besttt nih, ade orang akan tengok dulu sebelum tayang kat wayang... Ermmm~~~ (~_~)

Tapi aku tak kire, dah bocor ke lom bocor ke aku tetap nak tengok kat wayang... Support sikit cerita Melayu, kalau kite tak support sape lagi... Cerita omputih pun kalau dah tengok yang bocornyer pun aku masih tengok kat wayang apetah lagi cerita melayu.....

Ok, jom EN.MZ... Kite gi tengok wayang, cerita Melayu......lalalalala (^_^)v)


KL Gangster 2 mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek (Aaron Aziz) dan Jai (Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu mereka. Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya.

Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Sementara itu, Tailong (Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram.Segala tindak tanduk Tailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatan Tailong. Pada masa yang sama, King dan Shark (Syamsul Yusof) merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkan Tailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar.

Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan dia dihalau dari rumah. King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat. Dia merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara dua kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek. Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri.

Apabila Tailong mendapat tahu Jai ialah adik Malek, dia menculik Zeti dan memperkosanya di hadapan Jai. Jai tidak mampu berbuat apa-apa kerana orang-orang Tailong terlalu ramai. Malek pula mendapati ibunya cedera parah akibat dipukul orang Tailong. Tailong akhirnya memanggil Malek ke kawasan pelabuhan sekiranya dia ingin selamatkan adik-adiknya dalam pertembungan terakhir.

Dengan bantuan Shark, Ajib dan orang-orang mereka, Malek berjaya melenyapkan seluruh geng Tailong. Malek dan Jai akhirnya bersama-sama berjaya menumpaskan Tailong dan Shark telah menembak mati Tailong. Mereka kemudian bergegas ke hospital untuk membayar bil hospital supaya ibu mereka boleh dibedah. Zeti dan ibu mereka enggan memaafkan Malek kerana memusnahkan kebahagiaan keluarga mereka. Jai pula berdegil untuk terus kekal dalam dunia jenayah demi mencari wang. Malek pula diberkas polis setelah dianiaya oleh gengnya sendiri. Pada masa yang sama, dengan pemergian Tailong, Shark kini menjadi ketua bagi satu-satunya geng terkuat di KL.

Ok,aku dah tengok cerita ni kat wayang.... Aku sukeeee part lawan2 tuh, cerita lain memang tak tiru part lawan2 dalam KL Gangster..... Memang tak leh..... (^_^)v)

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com