Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 16 October 2013

AidilAdha 1434H kami (^_^)v)

Hola~~~~
Kembali kite ke blog suka suka tulis suka suka baca kalau tak suka jangan teruskan membaca, tengok gambar jer... huhuhuhu~~~

Hari raya AidilAdha merupakan hari raya kedua bagi umat Islam, yang pertama of course la Hari Raya Aidilfitri, yang semua umat Islam menyambutnyer dengan sangat meriah..... Setiap tempat berbeza kemeriahan sambutan hari raya, macam aku ni aku leh tengok sambutan hari raya dalam 3 negeri... Sambutan kat Terengganu & Pahang (kampung mak & ayah) satu lagi kat Melaka (kampung aku) dan tak lama lagi Singapore, erkkkk Jeng jeng jeng~~~ (^_^)v)

Satu negeri kat Pantai Timur satu lagi kat Pantai Barat... Memang ada perbezaannyer... Kalau kat Pantai Timur, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan ala kadar jer (sambut bese2) biasenyer raya ketiga masing2 dah duduk dalam rumah jer, tapi berbeza dengan sambutan kat Melaka.... Kalau raya ade sebulan, sebulan la ada orang datang rumah.... Makan2, pakai baju2 raya.... Maka, sebulan la jugak makan tak berhenti... Lalalala (^^,)

Berbeza lak kalau time Hari Raya AidilAdha, kat Pantai Timur di sambut dengan meriah sekali buat ketupat palas, rendang, lemang, kuih raya, pakai baju raya, gi masjid solat raya tunggu sampai abis ibadah korban..... Kalau kat kampng aku AidilAdha sambut biase2 jer, gi masjid tolong orang korban, dapat daging dan balik, kuih raye pun takde.... Sebab tu kalau dalam kalendar Pantai Timur dapat cuti 2 hari tuk AidilAdha... huhu~~

En.MZ, family En.MZ dannnnn aku...... (^_^)v)

Begitulah perbezaannya~~~
Aik apa kena mengena dengan gambo diatas tuh???
Hahaha~~ Sebenarnya aku nak cerita sehari sebelum hari raya AidilAdha ari tu family En.MZ ngajak aku makan ikan bakar kat Muara Sungai Duyong...... uuuooooo~~~ Kakak En.MZ teringin nak makan ikan bakar Melaka al kesahnyer... Nasib baik ada 1 kedai yang bukak, yela esok hari raya dah tentu2 malam ni deorang tutp kedai.....

Nak jadikan memang rezeki kiteorang malam tu, ade la 1 kedai selepas puluhan kedai kiteorang gi tutup..... Dapat la makan ikan bakar Melaka di malam hari raya..... Dapat port pulak baikkkk punyer, tepi laut angin sepoi2 bahasa...... Feeling2 makan malam raya gitu~~~ hihihi......

Siakap 3 rasa... Nyum nyum Nyummmmy~~~

Kerang rebussss.... favorite!!!!

Nasi Lomak.... Cara orang Melaka~~ Orang Melaka makan ikan bakar dengan Nasi Lomak... Aku pun tak faham kenapa..... (~_~)

Pilihan aku......

Ni lah hasil kerakusan mereka.......... dan aku~~~~

Malam tu aku beraya dengan family En.MZ, keesokkan harinya aku beraya dengan family aku la pulak..... Ni AidilAdha cara kami untuk tahun ni, korang pulak bagaimana?? (^^,)

Diharap AidilAdha tahun ni memberi seribu makna pada kite semua......

Aku, familyku.....dan nasi dagang (^_^)v)

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com