Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 2 May 2014

#####THe Amazing SpiderMan 2###### Rise Of Electro

  
Aktiviti 1 May~~~

Akhirnyer aktiviti ini yang menjadi pilihan hati hohoho~~~
Penat pikir duk pikir aktiviti yang perlu dibuat pada 1 May, akhirnyer aktiviti tengok wayang jugak yang dipilih huhu~~ Baru teringat cite The Amazing Spiderman2 tayang pada 1 May, memang pucuk dicita ulam mendatang lah...... Jom tengok The Amazing Spiderman 2!!! Jom!!!!

Tiket dah dibeli (^_^)v)

Fuh!! Naseb baik beli tiket awal2, lau tak kena beratur panjang macam tuh.... Huh, tak sanggup (~_~)

Ha, jangan risau.... Gambar nih memang macam ni....
Bukan aku saja terbalikkan gambar, memang rupa dia terbalik macam nih ^^, Spiderman lah katakan, leh la buat2 memanjat siling
Gitulah (~_~)

Tengok wayang dengan 3 jejaka hot, Hot ker?? =P

Kebetulan hari tu merupakan public holiday jadi semua orang pun cuti lah.... Kebetulan pulak aku dan En.MZ tengok kat Setia City Mall, kebetulan abang dan kawan En.MZ kerja kat situ, kebetulan eh banyak pulak kebetulan huhu~~~ Jadi, kiteorang tengok la wayang sesama..... Wujud geng wayang baru tuk The Amazing Spiderman 2, sooooo amazing huhu (^_^)v)

Jom tengok wayang!!!

Review The Amazing Spiderman 2~~~

Peter Parker @ Spider-Man yang telah menjalani hari-harinya sebagai superhero, hanya menunggu saat dirinya bertemu musuh untuk dikalahkan. Pada satu masa seorang penjahat bernama Electro wujud dan cuba menakluki kota New York. Dengan kekuatan elekrik yang dimilikinya, Electro menjadi musuh yang lebih kuat dari Spider-Man. Disaat yang sangat sukar itu Peter mengetahui sebuah fakta mengejutkan tentang ayahnya.

Dia menemukan sebuah ruangan rahsia dengan berbagai penemuan dan melihat video ayahnya yang mengaku menyembunyikan penemuannya untuk melindungi dunia. Selain itu Harry Osborn, kawan lama Peter juga telah kembali dan menunjukkan ambisinya tentang 'Oscorp'. Peter pun menyedari sesuatu bahawa dalam video ayahnya juga menyebut tentang hal yang sama dengan Harry.

Bagi aku dan En.MZ (lepas tanya pendapat dia) kami ok je dengan jalan ceritanya..... Bila time bercakap cakap agak boring sikit, kalau tengok kat laptop mau di cepat cepatkan..... Tapi bab action cammm gini cap eh..... Thumb up dua2 ibu jari aku bagi, memang gempak giler........ Peehhh~~~

Abis tengok wayang duk melepak dengan mereka kat Setia City Alam, Abes kan sisa sisa cuti yang ada
Esok dah kena kerja Huwwaaaa (T_T) Tak puas cuti X_X

Ni hasil promosi tuk cite The Amazing SpiderMan 2: Rise Of Electro.... Payung nih boleh berubah kaler kalau kena air tau, tak caya??
Tengok di bawah.............

*

*

*

*

*

*


Taarraaa~~
Dia boleh bertukar wajah, boleh bertukar warna~~~~

Selendang cinta tuk tunang yang jauh dimata (^^,)
Yang ni bukan aku nya tapi kiriman orang tuk diberi kepada tunang dia, kebetulan petang ni aku nak balik kampung....boleh la bagi kat tunang dia tu... Lau ada lagi lepas nih, aku nak kenakan bayaran huhu~~~


Kiriman itu akan sampai kat tuannya petang ini (^_^)v)
Suke lah tu dapat selendang cinte =P

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com