Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 10 September 2013

~Tanda PUTERA~ (T_T)

Salam Uollls~~~
Korang dah tengok Tanda Putera??
Ada satu hari tu, aku tengah tengok iklan cerita nih......Pastu kakak aku bersuara "Dah tengok cite ni?? Kawan cakap sedey, die gi tengok pun nangis2 orang dalam wayang pun menangis jugak"

Dalam hati aku, "Sedey?? Memang la sedey, cite pasal perjuangan kan sape tak sedey" Tapi takkan sampai menangis.... Ha, dari situ la aku terase nak tengok cerita nih.... Terus ajak peneman wayang aku pegi tengok.... Sapa lagi En. Cinta hati lah, nasib baik dia ok..... Asyik2 tengok cite2 cinte & omputih je sekali sekala tengok cite pasal perjuangan pulak......Hihihihihi~~~ (^_^) Ok, jom tengok.....


Cerita ni mengisahkan tentang persahabatan yang akrab di antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak (lakonan Rusdi Ramli) dan Timbalannya, Tun Dr. Ismail (lakonan Zizan Nin) yang terpaksa berahsia serta mengetepikan masalah kesihatan yang dihadapi masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran daripada tercetusnya peristiwa hitam pada 13 Mei 1969. Tun Abdul Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarganya tertekan. Beliau juga bimbangkan keselamatan negara pada ketika itu. Mereka berdua juga telah berkongsi doktor yang sama.

Apabila mengetahui penyakitnya akan membawa maut dalam masa dua tahun, Tun Abdul Razak bersyukur kerana rakan baiknya iaitu Tun Dr. Ismail yang juga dianggap sebagai orang kepercayaannya, bersifat jujur dan berintegriti akan dapat meneruskan rancangan mereka bagi pembangunan negara. Tun Abdul Razak juga yakin Tun Dr. Ismail akan dapat menunaikan janji untuk menjaga keluarganya nanti. Tetapi, apabila terjadinya perkara yang tidak disangka-sangka olehnya, Tun Abdul Razak mendapat kejutan besar yang hampir memudaratkan lagi kesihatannya. Tun Dr. Ismail telah meninggal sebelum perjuangannya selesai ekoran sakit jantung.

Beliau telah mula mengejar masa untuk melaksanakan pelbagai perancangan bagi menjamin kestabilan serta masa depan negara. Beliau terpaksa menghadapi pelbagai ancaman daripada pihak komunis yang menyasarkan pembunuhan pemimpin tertinggi daripada jabatan polis. Krisis ini telah menjadi teruk apabila berlakunya pembunuhan Ketua Polis Negara diikuti pembunuhan Ketua Polis Perak, keadaan menjadi semakin meruncing. Namun, perjuangan Tun Abdul Razak berakhir di sebuah klinik di London pada 14 Januari 1976.....

Review aku tentang cerita ni, memang sedih patut lah ramai yang menangis.... Ade cerita dalam cerita yang sebenar 'Untold Story' . Itu yang meguatkan lagi ceirta nih, banyak sebenarnyer yang kita tak tahu cerita sebenar orang dulu-dulu berjuang... Aku?? Tipu la kalau aku tak menangisssss (T_T)

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com